-->

4.3.14

Aku masih gagahkan diri melangkah.
Mereka tersenyum gembira,
Merasakan cinta dan bahagia bersama keluarga tercinta.
Tapi aku?
Masih gagah berdiri di tepi pusara,
Seorang insan bernama ayah.
Masih tergambar diselimut kenangan semalam,
Ayah tersenyum padaku,
Ayah dakap aku ketat erat dalam peluknya.
Masih tergambar memori semalam,
Ayah berbual kosong denganku,
Menasihati aku agar menjadi insan berguna.

Masih tergambar dalam lipatan hati,
Ayah bersama motor usangnya,
Mengerah peluh keringat,
Hanya untuk mencari sebuah nafkah.
Agar permata hatinya sentiasa bahagia.
Diam ayah yang disangka garang,
Sebenarnya diam seorang ayah yang memendam.
Sang ayah tak mampu mengungkapkan sayangnya,
Kerana sayangnya hebat tak mampu diluah.

Masih aku ingat kelmarin,
Ayah peluk aku, ayah cium dahiku,
Ayah yang tak pernah merungut lelah kepenatannya.
Ayah tak pernah berhenti berusaha,
Agar permata hatinya menjadi insan berjaya.

Masih aku ingat,
Tubuhku yang membisa dikala rotan ayah hinggap ditubuhku
Aku tak kecewa dengan ayah.
Aku cuma mahu ucapkan,
Terima kasih ayah membesarkan aku.
Sehinggalah aku menjadi aku.

Kini segalanya berubah,
Rumahku suram,
Malamku kelam,
Subuhku tak berimam.
Aku rindukan tawanya, rindukan senyumnya, rindukan peluknya.

Hati aku tertanya,
Sanggupkah aku biarkan ayah menderita di alam sana,
Kerana dosa yang aku pertanggungjawabkan?
Apakah susah untuk aku laksanakan harapan ayah?
Yang cuma ingin melihat aku menjadi insan solehah?

Aku rindu ayah,
Teringin jauh dilubuk hati aku,
Berjumpa dengannya,
Mendakap tubuhnya,
Di alam sana.
Aku mahu berpimpin tangan dengannya,
Melangkah ke syurga sana,
dan cipta bahagia bersama.

Allah ya Rabb,
Perkenanlah doa hambaMu.
Aku ingin memeluk ayah walaupun seminit masa berharga,
Aku ingin melihat ayah tersenyum lagi.
Aku ingin di sisi ayah di sana.
Dengar dan perkenanlah Ya Allah.
Hati ini terus menerus menangis.
Dan hanya padaMu tempat aku memohon kekuatan.
Sampaikanlah rindu aku buatnya.
Amin, Ya Rabbal Alamin

Fi Hifzillah,
Nukilan:
Aku.


“Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t”.  (Hadis Riwayat Bukhari)


And I want to hug him tightly.

Copyright© All Rights Reserved syahirahizzati.blogspot.com