-->

28.10.13

Allahyarham II

Assalamualaikum w.b.t,

Benda yang akan orang tanya bila ada kematian macam ni, "Macamana boleh meninggal?" "Apa pesan pesan terakhir arwah?"

Sabtu.

Ayah telefon ibu dalam pukul 8 malam, ayah tanya ibu. Nak pergi ke jugak Family Store ni? Hujan lebat ni. Nanti masuk family store basah kuyup pulak. Ibu cakap takpayahlah beli barang, balik je rumah terus.
Di rumah pulak, ibu panaskan lauk kari daging untuk dihidangkan bagi ayah makan. Ibu siap berfikir nak bukakkan pintu pagar rumah takut ayah nak masuk rumah susah, hujan lebat. Ayah naik motor. Waktu ni ayah ada overtime dekat tempat kerja. So ayah nak singgah family store dulu. Dalam perjalanan pulang, di Pasar Borong Batuu Berendam, di atas jambatan Jalan Mohd Zin, ada sebuah bas kilang rosak parking atas jambatan tu. Jambatan tu satu lane je. Bas kilang ni ada penumpang dan dia tak bukak lampu emergency menandakan bas rosak. Mungkin ayah tak perasan, ayah bawak, ayah terlanggar belakang bas. Malang tak berbau, yang terhentak kuat di bahagian perut. Luka organ dalaman. So nampak ayah luka biasa je walhal organ dalaman dia dah teruk. Waktu ni ibu dengan paklang dah sampai. Paklang tanya ayah, kat mana sakit? Ayah cakap peruuut peruuuut. Ayah bernafas dan sedar lagi waktu ni. Ambulans JPAM pun sampai di tempat kejadian. 

Dalam ambulans, ayah cakap, Allah Allah, sakiiiit sakiiit Allah. Mata ayah pejam, ayah tak celik tapi ayah bersuara. Dalam ambulans, Aina dengan Aiman iring ayah. Mulut dengan hidung ayah dah keluar darah. Darah mengalir keluar dari hidung dengan mulut ayah. Smpai di hospital, dr scan perut ayah sebab ayah cakap sakiiit sakiiiiit dekat perut. Last ayah dah tiada daya, ayah menanggung sejuta kesakitan yang eyra tak dapat bayangkan. Kata ibu, perut ayah membuncit teruk sangat sebab darah dah menyembur dalam perut. Ayah menendang nendang. Ayah mengadoi. Ayah menjerit " Allahuakbar, Allaaaaah Allaaaaaaah. Sakiiiiiiiit! Allahuakbaaaaaaaar". Tiba tiba jantung ayah berhenti. Dr terpaksa buat CPR dekat ayah. Lepas buat CPR cepat cepat dr buat operations. Dr buangkan usus dengan jahitkan salur darah utama ayah yang pecah. Ayah hilang banyak sangat darah sampaikan dr nak scan darah ayah tak boleh sebab darah ayah terlalu cair macam air.

Macammanalah ayah menanggung kesakitan sebegitu sekali. Masa ayah meninggal hari Isnin, jantung ayah berhenti lagi. Then Dr buat CPR tapi tak memberi apa apa kesan. Dr terpaksa bagi peluang selama 30 minit sebab kata Dr, dr taknak paksa jantung ayah lagi. Sakit nanti. Waktu Dr buat CPR tu, ibu ada. Ibu redha, kata ibu, biarlah ayah pergi asalkan tak terseksa dia nak menanggung sakitnya lagi. 

Buat renungan semua. Sayangilah keluarga anda secukupnya. Hargailah mereka. Kamu mungkin punya ayah sampai masa kamu berkahwin. Dapat berwalikan ayah. Anak anak kamu dapat panggil ayah kamu atuk. Namun apa daya saya, berkahwin nanti tidak berwalikan ayah. Tiada panggilan buat si kecil untuk mengenali datuknya. Ibu masih muda untuk menempuh ranjau kehidupan ini seorang diri. Ingin sekali diri ini menemani ibu, menjadi pendengar setianya kerana aku tahu, pendengar setia setiap kesedihan ibu itu ayah. Kalaulah aku mampu. Tapi aku jauuuuh, aku cuma mampu mendoakan ibu. Semoga ibu kuat. Berat hati ini meninggalkan ibu, ingin sekali aku peluk erat tanpa meninggalkan dia dirumah. Apa dayaku, adik lelaki masih kecil. Siapa lagi pelindung ibu di rumah selain Allah. Aku mendoakan semoga kebahagiaan keluarga ini akan terus kekal. Ya Allah, lindungilah ibu serta adik adikku. Kuatkan semangat Aina Syakirah untuk menduduki SPM. Amin Ya Rabbal Alamin.

Last eyra jumpa ayah hari Rabu. Minggu sama ayah accident. Eyra nak balik Notts. Ayah nak hantarkan tapii bas pukul 2.30petang dan ayah nak hantar adik eyra sekolah agama. Ayah masakkan untuk eyra. EYra terkilan tak sempat makan makanan ayah masak. Sedihnya Allah Maha Mengetahui. Kemudian, ibu hantar eyra ke Melaka Central. Kami tegar tinggalkan ayah. Waktu tu captain ada sekali di MC. Dalam kami tak sedar, jam hampir pukul 2.30petang. Ayah datang dekat MC. Ayah iring eyra. Ayah masukkan bagasi eyra dalam bas. Ayah peluk eyra, ayah cium eyra.Eyra salam ayah. Itulah last jumpa ayah. Seolah olah ayah tahu, itulah kali terakhir ayah jumpa eyra. Ayah sanggup datang MC nak jumpa Eyra. Ya Allah, eyra sayang ayah. Ayaaaaah, akak mintak maaf ayah. Akak mintak ampn. Akak doakan ayah bahagia di sana. Ayah, terima kasih didik akak ayah. Akak akan belajar sungguh sungguh, buat ibu bangga dengan akak.. Akak tahu, ayah tak sempat nak tengok anak ayah ni genggam segulung ijazah. Akak akan banggakan ayah. Selagi ada kudrat akak. Ayaaaah, akak akan balas jasa ayah. Akak rindu ayah. Akak rindu nak cium ayah. Akak rindu nak peluk ayah. Akak akan tetap sayang ayah. Takkan ada pengganti ayah di dunia. Akak akan bahagiakan ibu, akak akan jaga adik adik. 

Semoga ayah ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin. Ayah, akak rindu ayah sangat sangat. Akak, sayang ayah sangat sangat

Wallahualam.
Fi Hifzillah.
Al-Fatihah.
Copyright© All Rights Reserved syahirahizzati.blogspot.com