-->

11.11.13

Assalamualaimum w.b.t,

Walaupun mid-term exam sedang berlangsung minggu ni, aku masih menaip di papan keyboard.

Engkau tahu, hati ini sangat rindu.
Engkau tahu, hati ini sangat seksa,
Engkau tahu, hati ini sangat sesak,
Engkau tahu, hati ini sangat pedih.

Memang mudah, orang mengatakan "Bersabarlah, dugaan yang hebat dari Allah untuk orang yang hebat". Tapi apa kau tahu betapa berat dugaan yang kami hadapi. Engkau lihat kami senyum, kami bergelak ketawa, tapi apa kau tahu, betapa perit dan pedih hati kami ini? 

Aku tak mungkin menangis depan adik adikku. Aku tak mungkin menangis di depan ibu tersayangku. AKu cuma menangis bertemankan selimut, bantal, sapu tangan dan gambar. Tak mungkin aku meluahkan isi hati ini pada sesiapa melainkan Allah. Takkan ada sesiapapun mengerti hati ini. Dan takkan mungkin ada yang memahami. Andai kuluahkan juga, takkan ada apapun yang boleh mengubat kerinduan yang bertampung sesak dan lelah dalam sanubari hati ini. Kekuatanku lumpuh. 

Berat sungguh tanggungjawab yang aku galas, kalau diberi izin, ingin sekali diri ini dekat dengan keluarga tersayang, member semangat buat ibu tercinta. Menjaga mereka. Tapi aku jauh, hanya doa aku mampu kirimkan agar mereka selamat disana. Kerisauan yang bermukim, takkan ada yang mengerti. Aku takmahu merasakan kehilangan lagi. Cukuplah seorang insan bergelar ayah yang sangat aku sayangi dan rindui kini. 

Aku rundu tawamu ayah. Aku rindu senyummu ayah, Aku rindu rautmu ayah.
Ingin sekali diri ini memelukmu, meciummu ayah.
Andai engkau tahu betapa aku sayang dan rindu padamu.

Walaupun 3 minggu sudah pemergianmu, 
Tidak satu kenanganpun yang lupus dari ingatanku.
Tak akan ada kehilangan yang lebih meyakitkan daripada kehilanganmu ayah.
Kalaulah aku mampu menemai ayah di alam barzakh.
Ayah, kakak sayang sangat ayah.
Kakak rindu ayah.
Kakak nak peluk cium ayah.
Ayah, 
Tahulah engkau bahawa anakmu ini,
sangat menyayangi dan merinduimu
Saban hari anakmu ini menangis rindukanmu ayah.

Salam sayang,
Anakandamu Syahirah Izzati.

Fi Hifzillah.
Copyright© All Rights Reserved syahirahizzati.blogspot.com