-->

28.10.13

Allahyarham II

Assalamualaikum w.b.t,

Benda yang akan orang tanya bila ada kematian macam ni, "Macamana boleh meninggal?" "Apa pesan pesan terakhir arwah?"

Sabtu.

Ayah telefon ibu dalam pukul 8 malam, ayah tanya ibu. Nak pergi ke jugak Family Store ni? Hujan lebat ni. Nanti masuk family store basah kuyup pulak. Ibu cakap takpayahlah beli barang, balik je rumah terus.
Di rumah pulak, ibu panaskan lauk kari daging untuk dihidangkan bagi ayah makan. Ibu siap berfikir nak bukakkan pintu pagar rumah takut ayah nak masuk rumah susah, hujan lebat. Ayah naik motor. Waktu ni ayah ada overtime dekat tempat kerja. So ayah nak singgah family store dulu. Dalam perjalanan pulang, di Pasar Borong Batuu Berendam, di atas jambatan Jalan Mohd Zin, ada sebuah bas kilang rosak parking atas jambatan tu. Jambatan tu satu lane je. Bas kilang ni ada penumpang dan dia tak bukak lampu emergency menandakan bas rosak. Mungkin ayah tak perasan, ayah bawak, ayah terlanggar belakang bas. Malang tak berbau, yang terhentak kuat di bahagian perut. Luka organ dalaman. So nampak ayah luka biasa je walhal organ dalaman dia dah teruk. Waktu ni ibu dengan paklang dah sampai. Paklang tanya ayah, kat mana sakit? Ayah cakap peruuut peruuuut. Ayah bernafas dan sedar lagi waktu ni. Ambulans JPAM pun sampai di tempat kejadian. 

Dalam ambulans, ayah cakap, Allah Allah, sakiiiit sakiiit Allah. Mata ayah pejam, ayah tak celik tapi ayah bersuara. Dalam ambulans, Aina dengan Aiman iring ayah. Mulut dengan hidung ayah dah keluar darah. Darah mengalir keluar dari hidung dengan mulut ayah. Smpai di hospital, dr scan perut ayah sebab ayah cakap sakiiit sakiiiiit dekat perut. Last ayah dah tiada daya, ayah menanggung sejuta kesakitan yang eyra tak dapat bayangkan. Kata ibu, perut ayah membuncit teruk sangat sebab darah dah menyembur dalam perut. Ayah menendang nendang. Ayah mengadoi. Ayah menjerit " Allahuakbar, Allaaaaah Allaaaaaaah. Sakiiiiiiiit! Allahuakbaaaaaaaar". Tiba tiba jantung ayah berhenti. Dr terpaksa buat CPR dekat ayah. Lepas buat CPR cepat cepat dr buat operations. Dr buangkan usus dengan jahitkan salur darah utama ayah yang pecah. Ayah hilang banyak sangat darah sampaikan dr nak scan darah ayah tak boleh sebab darah ayah terlalu cair macam air.

Macammanalah ayah menanggung kesakitan sebegitu sekali. Masa ayah meninggal hari Isnin, jantung ayah berhenti lagi. Then Dr buat CPR tapi tak memberi apa apa kesan. Dr terpaksa bagi peluang selama 30 minit sebab kata Dr, dr taknak paksa jantung ayah lagi. Sakit nanti. Waktu Dr buat CPR tu, ibu ada. Ibu redha, kata ibu, biarlah ayah pergi asalkan tak terseksa dia nak menanggung sakitnya lagi. 

Buat renungan semua. Sayangilah keluarga anda secukupnya. Hargailah mereka. Kamu mungkin punya ayah sampai masa kamu berkahwin. Dapat berwalikan ayah. Anak anak kamu dapat panggil ayah kamu atuk. Namun apa daya saya, berkahwin nanti tidak berwalikan ayah. Tiada panggilan buat si kecil untuk mengenali datuknya. Ibu masih muda untuk menempuh ranjau kehidupan ini seorang diri. Ingin sekali diri ini menemani ibu, menjadi pendengar setianya kerana aku tahu, pendengar setia setiap kesedihan ibu itu ayah. Kalaulah aku mampu. Tapi aku jauuuuh, aku cuma mampu mendoakan ibu. Semoga ibu kuat. Berat hati ini meninggalkan ibu, ingin sekali aku peluk erat tanpa meninggalkan dia dirumah. Apa dayaku, adik lelaki masih kecil. Siapa lagi pelindung ibu di rumah selain Allah. Aku mendoakan semoga kebahagiaan keluarga ini akan terus kekal. Ya Allah, lindungilah ibu serta adik adikku. Kuatkan semangat Aina Syakirah untuk menduduki SPM. Amin Ya Rabbal Alamin.

Last eyra jumpa ayah hari Rabu. Minggu sama ayah accident. Eyra nak balik Notts. Ayah nak hantarkan tapii bas pukul 2.30petang dan ayah nak hantar adik eyra sekolah agama. Ayah masakkan untuk eyra. EYra terkilan tak sempat makan makanan ayah masak. Sedihnya Allah Maha Mengetahui. Kemudian, ibu hantar eyra ke Melaka Central. Kami tegar tinggalkan ayah. Waktu tu captain ada sekali di MC. Dalam kami tak sedar, jam hampir pukul 2.30petang. Ayah datang dekat MC. Ayah iring eyra. Ayah masukkan bagasi eyra dalam bas. Ayah peluk eyra, ayah cium eyra.Eyra salam ayah. Itulah last jumpa ayah. Seolah olah ayah tahu, itulah kali terakhir ayah jumpa eyra. Ayah sanggup datang MC nak jumpa Eyra. Ya Allah, eyra sayang ayah. Ayaaaaah, akak mintak maaf ayah. Akak mintak ampn. Akak doakan ayah bahagia di sana. Ayah, terima kasih didik akak ayah. Akak akan belajar sungguh sungguh, buat ibu bangga dengan akak.. Akak tahu, ayah tak sempat nak tengok anak ayah ni genggam segulung ijazah. Akak akan banggakan ayah. Selagi ada kudrat akak. Ayaaaah, akak akan balas jasa ayah. Akak rindu ayah. Akak rindu nak cium ayah. Akak rindu nak peluk ayah. Akak akan tetap sayang ayah. Takkan ada pengganti ayah di dunia. Akak akan bahagiakan ibu, akak akan jaga adik adik. 

Semoga ayah ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin. Ayah, akak rindu ayah sangat sangat. Akak, sayang ayah sangat sangat

Wallahualam.
Fi Hifzillah.
Al-Fatihah.

Allahyarham I

Assalamualaikum w.b.t,

Al-Fatihah buat arwahyarham Shuhaimi Bin Jaafar
Terlebih dahulu Syahirah nak cakap Syahirah mintak maaf kalau banyak typos etc. I done this in a very limited time. Ni pun waktu petang ditaip. Sorry entry ni akan lebih menggunakan kata ganti diri Eyra& Zati. Lagi mudah dan pendek untuk ditaip. Entry ni ditaip di kesempitan waktu yang amat bcs lusa eyra ada test 1 for paper ecology, environment and energy! Pray the best for me bcs I got no revision started lagi. Hope so it just fine eventhough ada 6 chapters nak kena pulun. Eyra taip juga entry ni sebab eyra tahu mesti ada yang still nak tahu pasal arwah ayah. Kalau eyra jadi orang lain pun eyra teringin nak tahu juga kan. 

Apapun, entry ni berkait rapat dengan entry eyra before this yang eyra tulis pasal HOMESICK.

19th Oktober 2013  @ University of Nottingham. 

Macam eyra cakap dalam entry before this, sejak after raya haji, eyra sedih tiap hari Eyra menangis menangis tiap hari homesick nak balik rumah walhal eyra tak pernah rasa nak sedih sedih sepanjang eyra tinggal kat Notts ni. Tapi sejak balik raya haji, eyra berat hati sangat nak tinggalkan rumah. Mungkin itu instinct seorang anak. Pukul 8 lebih malam macamtu, lepas eyra mandi, eyra tengok phone. Eyra dapat IM dari captain. Captain mintak number ibu eyra. Eyra ingatkan kenapalah captain mintak. Ingatkan captain bergurau senda je dengan eyra as memang tak pernah pernah captain nak text ibu. Yang eyra tahu captain selalu im ibu je. Takpernah pulak nak texting. Then tetiba lepas eyra bagi num ibu, captain cakap nak num Aina pulak. Captain sangat mendesak waktu tu. Eyra tak hafal num Aina. Kalau num ibu ayah tu eyra hafallah kan. Then eyra pun bukak fon eyra lagi satu nak tengok num Aina. Baru eyra perasan, rupanya catain dah call banyak kali. Eyra tak dengar sebab eyra pergi mandi mungkin waktu tu. Eyra pun semaklah num Aina, Eyra kena call dulu num Aina bcs Eyra memang takperna ingat num Aina and Aina banyak sangat tukar number. So, eyra tak tahu num Aina. Untuk surekan yang tu memang betul num Aina, eyra pun daillah. 

Aina biasanya susah nak angkat call bcs dia selalu silent je phone dia. Tiba tiba haritu baru satu dering phone, Aina dah angkat. Aina nangis nangis. Eyra dengar suara ambulans dalam phone. Eyra tak sempat tanya aina dah cakap, "Akak, ayah accident". Dalam hati eyra, Tuhan je tahu betapa lemahnya eyra waktu tu. Lemah lutut eyra, rasa tak mampu nak berdiri waktu tu. Eyra risau sangat ayah. Eyra terus call captain, tanya captain kenapa tak bagitahu ayah accident?! Rupanya captain dapat tahu pun dari twitter sebab Aina tweet ayah accident. Eyra bagilah num Aina dekat captain. Captain terus tanya Aina, ayah dekat mana. Waktu tu hujan, captain terus pergi Hospital Melaka tengok ayah dekat wad kecemasan. Dalam hati eyra mampu doa je, eyra jauh. Eyra tak dapat ada dalam situasi tu. Captain pergi tengok ayah semua tapi taklama sbb captain nak balik MiMET esoknya. 

Thanks awak sanggup redah hujan sampai sesat sesat jalan nak pergi hospital tengok ayah.

Jam 12 lebih, semua kecoh dekat Twitter, Aina dah cari cari eyra sebab nak bagitahu ayah dah kritikal. Busu Farah cari eyra dekat Facebook. Bayangkan apa perasaan eyra waktu tu. Eyra tak mampu nak ada dengan adik adik, peluk adik adik eyra. Sedih eyra tak tertanggung, eyra meraung raung call Aina. Eyra sayang ayah. Eyra sayaaaang ayah! Jantung ayah dah berhenti. Dr terpaksa buat CPR dekat ayah. Malam tu jugak pakcik eyra dari Putrajaya volunteer nak ambik eyra bawak balik melaka. Sepanjang perjalanan, hanya Allah lebih mengetahui. Eyra sampa hospital dalam pukul 3 pagi macamtu. Eyra sampai sampai je eyra terus cari ibu dengan adik adik. Ibu cakap, ayah tengah operation. Eyra tak tahu keadaan sebenar. Eyra diam. Tepat pukul 6 lebih paginya, ayah dipindahkan ke ICU. Eyra pergi tengok ayah. Eyra nangis sangat sangat. Tahu tak, sejak eyra umur 4 tahun, eyra selalu menangis tiap malam, bayangkan macammana kalau ibu dengan ayah takda. Eyra sebagai kakak kena tanggung adik adik. Setiap malam. Eyra tak tipu. Kalau budak budak kecik tak fikir benda tu, eyra fikir. Sejak kecik eyra dah rasa tanggungjawab sebagai kakak. Benda ni yang paling eyra takutkan. Ayah koma. Eyra sedih tengok ayah. Ayah kaku atas katil. Banyak mesin mesin keliling ayah. Mesin bantuan pernafasan, mesin vitals ayah. Ubat ubat. Banyak wayar selirat. Ayah masuk darah lagi. Sedihnya eyra tengok ayah.

20th Oktober 2013 @ Hospital Besar Melaka.

Eyra masuk lagi tengok ayah. ICU ketat sangat. dapat tengok ayah pukul 1 sampai 2 petang. Pukul 5 sampai pukul 7 malam je. Eyra nak sangat teman ayah kat dalam wad. Bila eyra masuk tengok ayah. Nanti eyra usap dahi ayah. Eyra pegang tangan ayah. Eyra cakap dekat ayah "Ayaaaah, ayah bangunn. Akak datang ni ayah. Ayah cepat bangun ayah. Akak, ibu, Aina, Nisa,Aiman, Ila, semua tunggu ayah bangun. Ayah banguuun. Ayah kena hantar akak balik U. Akak nak balik ni ayah, siapa nak hantar akak balik ayah. Ayaaaah, akak sayang ayah. Akak rindu ayaaaah" Eyra nak ayah bangun. Eyra nak ayah hantar eyra balik U. Eyra nak peluk ayah. Eyra nak cakap eyra sayang ayah. Eyra nak mintak ampun dengan ayah. Eyra banyak dosa dengan ayah. Tapi apa daya ayah tak dengar. Eyra berkeras juga cakap dengan ayah, dengan harapan, ayah dengar eyra. Eyra kesiankan ibu, ibu jaga ayah siang malam. Ibu demam waktu tu. Ibu taklarat dah. Ibu nangis je. Eyra tak mampu buat apa apapun. 

Petang tu dr panggil. Dr jumpa eyra dengan family. Dr cakap, jantung ayah lemah. Ayah mengalami banyak pendarahan. Normal hilang darah manusia ialah 5 liter. Ayah dah hilang 7 liter darah. Dr terpaksa masukkan 13 paket darah. Tekanan darah ayah rendah sangat. Dr bagi ayah hampir 6 ke 7 jenis ubat. Dr cakap lagi, Dr dah buat CPR, jadi risikonya mungkin ayah bernafas dan hidup, tapi ayah mungkin tak bangun. Dr dah buang separuh dari usus ayah. Usus ayah pecah. Salur darah utama ayah pecah buat ayah hilang banyak darah.

21th Oktober 2013 @ Hospital Besar Melaka.

Malamnya eyra balik rumah. Eyra tidur dengan adik adik. Tiba tiba ibu call, ibu cakap akak kena ada dekat hospital. Dr kata keadaan ayah makin merosot. Eyra gelabahlah dengan adik adik. Ibu ambik kami. Sampai di hospital, bila waktu melawat, eyra akan cakap benda sama dekat ayah. Kali ni nampak ayah makin merosot. Nampak lagi tenat. Tangan ayah kaku, keras. Ramai orang datang melawat. Takda seorangpun kawan eyra datang jenguk, yang datangpun, abang Rafik.

Maghribnya eyra balik rumah, nak ganti baju. Tiba tiba waktu isya' , cik sita call. Cik sita kata cepat siap cik sita ambik, ibu dah menangis nangis. Eyra pun brgegas ke hospital dengan adik adik. Sepanjang perjalanan eyra menangis tak berhenti. Eyra cuma mampu berdoa je. Sampai hospital eyra terus berlari pergi tengok ayah, sampai sampai je, eyra tengokk ibu dengan Ila dah menangis. Semua mesin tepi ayah dah off. Tahulah eyra, ayah dah takda. Eyra tak tahu nak cakap betapa sedihnya hati iini. Eyra peluk ibu. Eyra tengok muka adik adik, eyra sedih. Allah, dari Engkau dia datang, kepada Engkau dia kembali. Sedihnya ya Rabbi. Eyra tak dapat nak gambarkan. Orang yang selalu cium eyra, yang selalu rotan eyra masa kecik kecik sebab nak didik eyra. Orang yang hantar eyra balik ke maktab, ke U dah tiada. Orang yang selalu tersenyum dekat eyra. Orang yang selalu pesan eyra supaya jangan lupa solat, dah tiada. Apa daya eyra. Eyra cuma mampu menangis. Ibu yang palinnng teruk menangis, eyra sedih sebab tak da dengan ayah waktu ayah hembuskan nafas terakhirnya :'(

Malamnya di bilik mayat, ibu dengan ayah Afiq datang. Terima kasih makcik, pakcik. Afiq jangan risau, ibu dengan ayah dah datang dah wakilkan awak. Jangan terkilan tak dapat balik tau awak.

22 Oktober 2013 @ Kampung Tg Minyak

Pengebumian ayah. Ayah, tepat tepat azan zuhur, jenazah ayah dikebumikan. Waktu malamnya, eyra terbayang bayang, macamanalah keadaan ayah dalam kubur yang gelap gelita ditinggalkan sorang sorang. Cepat cepa eyra doakan ayah agar diluaskan kubur serta diterangkan kuburnya. Amin. Malamnya tahlik arwah di rumah nenek eyra dekat tanjung minyak. 

Thanks to abang Rafik iringi jenazah arwah ayah zati & datang majlis tahlil arwah.Zati doakan abang berjaya untuk test dengan presentation abang. Amin.

Sekian mungkin untuk entry ni. Zati akan cerita pulak punca punca kemalangan untuk post seterusnya. 

Wallahualam, 
Fi Hifzillah.
Al Fatihah buat arwah Shuhaimi Bin Jaafar.

17.10.13

H o m e s i c k.

Assalamualaikum w.b.t,

Hye hye semuanya *lap lap airmata* Sobsss Eyra tengah dilanda kesedihan ombak rindu :'( Tadi pukul 12.50 pm eyra tidur kejap. Taklah kejap sangat kan kalau dah terjaganya pukul 1.40 pm. Then eyra dapat call assignmentmate nak buat perjumpaan. Eyra pun bangun dari perbaringan dan buang pandangan ke luar jendela. Katil eyra sebelah cermin jangan taktahu ye. Dari katil eyra boleh nampak sport complex dan puluhan kereta yang parking dekat situ. Then eyra pun pandanglah ke luar. Cuaca tengahari boleh buat eyra sakit kepala sebenarnya, tapi entah kenapa, eyra bukan sakit kepala. Tiba tiba je eyra menangis teresak esak. Eyra nangis sampai merah mata dengan hidung eyra.

Kalau waktu tengahari macamni, dekat rumah ibu tengah panggil eyra dengan adik adik makan sekali dekat dapur. Kat rumah makan pakai meja jepun. Nasib baik eyra dah makan tengahari dekat bilik Nani tadi. Yelaaa, dari semalam tengahari eyra tak makan. Kesian ayah masak banyak banyak tapi eyra tak sempat nak makan sebab bas pukul 2.30 petang semalam. Nak tapau nanti takut tumpah. Sup tulang! Eyra suka tapi tak sempat nak makan semalam. Sorry ayah :'( Eyra pun tak faham kenapa eyra nak sedih sedih, homesick sampai teruk macamni. Eyra takpernah lagi homesick macamni. Sejak nak balik sini lagi eyra dah nangis dekat rumah. Eyra tak pernah homesick macamni sekali tau :( Mungkin eyra mula sedar, eyra dah makin rapat dengan ibu eyra. Kalau tengahari tak dekat rumah, nanti mesti pergi jalan jalan dengan ibu. Eyra sayaaaaang sangat ibu :'(

Sejak eyra dah masuk U, ibu rapaaat sangat dengan eyra. Kitorang makin rapat, bila adanya captain. Thanks awak, buat kita jadi rapat dengan ibu! Dulu, eyra tak rapat sampai macamni sekali. Eyra rindu sangat nak gelak gelak dengan ibu. Ibu semakin memahami jiwa anak sulung dia ni sekarang. Ibu selalu buat lawak kalau tengah borak borak. Eyra sayang ibu :'( Ibu takkan baca blog eyra, tapi eyra just nak cakap eyra terlampau sayangkan ibu. Ibu beli macam macam untuk eyra. Kadang kadang eyra tak mintak pun. Eyra pegang pegang, cuba cuba, ibu belikan. Akak sayang ibu :'( 

Eyra orangnya sangat suka share pasal orang yang disayang. Eyra selalu cerita pasal dia dulu dekat kawan kawan, sejak dekat Notts, tiada pendengar setia eyra nak cerita pasal captain. Ibu kata takpayah cerita dekat kawan kawan, cerita dekat ibu je. Sebab tu semua rahsia pasal captain, eyra cerita dekat ibu. Ibu suka melawak bila eyra cerita. Eyra rindu ibu. Bila eyra nak keluar jumpa captain, mesti ibu hantarkan walhal ibu tengah penat. Ibu bawak eyra jumpa captain, ibu bagi eyra balik Melaka dengan captain. Ibu sangat memahami. Ibu siap merancang masa depan kami. Sweetkan ibu eyra? And ibu selalu sependapat dengan eyra, That's make the chemistry.

Banyak lagi benda yang buat eyra rindu ibu. Eyra rindu nak mengada ngada dengan ibu. Baring dekat riba ibu. Sedihnya eyra. Sepanjang eyra taip entry ni, tak berhenti eyra menangis rindukan ibu :'( Kalau nak gelakkan, gelaklah. Eyra memang cengeng pun nak homesick homesick padahal dah besar. Last homesick masa form 2 dulu kot. Berapa tahun dah tinggalkan dunia homesick, sekarang homesick balik :( Eyra nak luahkan dekatt someone dekat sini, tapi tiada pendengar setia lagi buat masa ni. Tiada yang memahami buat masa ni. Eyra tak tipu,, eyra memang homesick. Eyra sedang tabahkan diri supaya kuat! Eyra kena belajar rajin rajin, banggakan ibu dengan ayah eyra. Buat mereka gembira. InsyaAllah, dengan izin Allah. Eyra usaha setakat yang mampu. Eyra kena kental dengan cabaran. Buang semua stress stress dan relaks. Eyra just nak cakap, akak rindu ibu, ayah, Aina, Hanisah, Aiman, dan semestinya Aqilah si becok mulut murai :')

p/s: Family is the best listener ever. Believe in me, no one can be loyal as your family. Therefore, my future husband, you have to be loyal too or otherwise you'll not be my family ;)

Cz we are happy family :)



Wallahualam.

Fi Hifzillah :)

Copyright© All Rights Reserved syahirahizzati.blogspot.com