-->

16.5.13

Doa Taubat Nasuha :'(

Assalamualaikum w.b.t,

Wahai Tuhan ku Tak Layak Ke Syurga Mu
Namun Tak Pula aku Sanggup Ke Neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Ilaahi lastu lilfirdausi ahlan
walaa aqwaa ‘alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil ‘adziimi
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku oh tuhan ku
Wahai tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut kami harap kepada mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu
Kamilah hamba yang mengharap belas dari Mu

Zikir ni sebenarnya satu satunya zikir yang boleh buat airmata aku mengalir tanpa henti. Kalau dekat maktab dulu, paling merdu suara yang alunkan zikir ni ialah Abang Adri Surjana :') Do hear this. Aku selalu menangis terkenangkan dosa aku yang bertimbun bila dengar zikir ni :")

p/s : HAPPY TEACHER'S DAY TO ALL THE TEACHERS AROUND THE WORLD ESPECIALLY TO TADIKA KEMAS BERTAM HULU WHICH IS CIKGU BASRAH, SEKOLAH KEBANGSAAN BERTAM HULU AND MRSM ALOR GAJAH. I LOVE YOU ALWAYS :')

Goodbye, Adiosa.
Fi Hifzillah.

12.5.13

Dinner with family

Assalamualaikum w.b.t,
Rajinnya kita asyik new entry je ye. Almaklumlah, sekarang ni segala kesedihan, kegembiraan dan sebagainya kita luahkan dekat sini je. So, harapnya segala entry kita takkan buat sesiapa tersinggung ye :)

Malam ni kita pergi Restoran Melayu Tomyam Klasik dengan family kita. Tiba tiba ibu suruh siap nak pergi dinner. So kitapun bersiaplah ala kadar je. Sampai je sana kita terpaksa berdiri dekat jambatan dulu sambil tengok keindahan kolam. *sambil menangkap gambar -.-* Bukannya sebab takda seat nak duduk, tapi ibu kita nak duduk seat yang meja jepun sambil makan bersila centu. Alaaah, faham faham jelaaa dah namapun Restoran Melayu Klasik kannn :) So about 15 minutes kot kami berdiri menikmati angin malam diselangi bunyian air di dalam kolam. Ehhh, bermadah sudahhh :P Mula mula kita pelik jugak, kenapa beria ria sangat ibu nak duduk meja tu sampai sanggup menunggu turn. Rupanya, SubhanAllah, dari tepi tu kita boleh nampak banyak ikan ternakan. Besar besar semuanya. Yang paling excited mestilah Aqilah bcs suka sangat bagi ikan tu makan timun -,- Harap tak tercekiklah ikan tu ye. Kita just order fried noodles dengan tembikai lychee je. Air tu memang favorite kita okay :) Yang menariknya restoran ni sangat menenangkan plus servicenya pun okay. Tahu tak, usai Makan kita terpukau tengok pelamin. Rupanya ada yang booked restoran tu untuk buat wedding ceremony. Bestnyaaaa! Nak jugak :( Ehhh, lambat lagi nak fikir -.-"

Sooo, kita nak suggestkan sesiapa rasa nak sambut anniversary ke, apa ke kan, do come there. InsyaAllah suasana yang ada dijamin puas hati :) Kat mana restoran ni terletak? Dekat area Kampung Sungai Putat. Jangan salah pegi depan airport Batu Berendam tu ehh? Tu salah peta namanya! Oops, hehehe.

So, here are some pictures there. Semuanya sesopan belaka akibat kena duduk bersimpuh ye. Harap maklum :) Sorrylah kalau menyampah gambar kita ulang ulang je. Kita main ambik je ni. Malas nak buat caption caption. Lambat -,- . Senang kita masuk je semua.

So, that's for today. Thanks ibu and ayah for this very happy dinner . I love you both :*

P/s: Kalau nak pergi ke restaurant ni, make sure google dulu tau Kat mana. Takut nanti awak sesat sampai ke Airport. Tak pasal pasal kena gelak nanti. Hehe. Sorrylah mengada ngada tulis kita-kita ni. Ada orang ajar guna kita-kita -,-
Bye, Adiosa.
Fi hifzillah :)

3.5.13

Allahyarhamah (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t,

*say alhamdulillah*
*breath in*
*breath out*

Allahuakbar, masih bernafas kita hari ini. Alhamdulillah =)

Tanggal 28 April 2013, terpalit satu tragedi hitam di dalam keluargaku. Subhanallah. Kehilangan insan disayangi bernama Nor Hayati Binti Ab Rashid. Kita sangka panas ditengahari, rupanya hujan membasahi. Allahyarhamah sangat baik orangnya. Pengikut sunnah Rasulullah. Suka berniaga walaupun anaknya 5 orang. Tak jemu berusaha. Menaiki kereta kancil berniaga barangan kesihatan, periuk dan sebagainya. Allahyarhamah suka menolong. Bukan aku karang cerita but it is the reality. Even someone need her help, she'll come. An example, arwah sayangkan familynya, she help us. My mom, arwah tolong keluarkan modal untuk bisnes. How kind is she?

Anaknya 5 orang semuanya. Empat lelaki, seorang perempuan. Sepanjang hidup aku ingat, arwah selalu datang singgah rumah aku untuk solat. Arwah sangat menjaga solatnya. Alhamdulillah. Walaupun dalam keadaan dirinya sibuk berbisnes, dia masih sempat pergi mengaji seminggu lalu. Namun apakan daya kami, tak ada seorangpun adik beradik arwah termasuklah nenek dapat jumpa buat kali terakhir. Semasa hayatnya, kali terakhir kami jumpa sebulan lalu. Walhal, hakikatnya, arwah selalu datang. Aku ingat lagi, setiap minggu aku balik rumah nenek menjenguk nenek yang tinggal sorang sorang. Nenek asyik tanya, mana arwah tak datang datang? Allahuakbar.

Paling baru pun, arwah menghubungi my aunt untuk cakap, kalau Idris naik jadi CM, arwah nak tolong mak sedara aku dapatkan kerja. Dalam sisa hayatnya, masih terlintas nak bantu adiknya. Hebat bukan? Tapi takdir Allah, beliau meninggalkan kami bukan sekejap. Patutlah nenek asyik bertanya, naluri seorang ibu, tak dapat kita halangi. Pemergiannya penuh tragis. Keadilan perlu ditegakkan. Buat anda pesalah yang memutarbelitkan fakta, teruskan usaha 'murni' anda. Walaupun dirinya pergi buat selamanya, kami waris menuntut bela. Keadilan akan teserlah juga. Kalau anda rasa anda POLIS dan boleh memutarbelitkan fakta, tunggu hari pembelaan.

Arwah merupakan orang kuat politik. I mean, penyokong, petugas, sukarelawan BN. Siapa sangka dalam kesibukannya sempat mengisi masa menghadiri mesyuarat?

Jangan sangka kami berdiam diri, sedangkan langkah kaki giat mencari kebenaran. Semoga Arwah bersama orang orang yang teraniaya. Amin Ya Rabbal Alamin.

Mari sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Kuburnya diperluas dan diterangi.  Semoga dosanya terampun dan diletakkan bersama orang orang yang beriman.  

p/s : Arwah baru mencecah 41 tahun. Betapa Allah sayangkan dia. Kata ibu, kasihan arwah bekerja siang dan malam tanpa rehat, namun pemergiannya Allah beri ruang untuk dia rehat buat selamanya. Amin Ya Rabbal Alamin.

Bye, Adiosa.
Fi hifzillah.
Copyright© All Rights Reserved syahirahizzati.blogspot.com