-->

28.6.15

Shooting for Yabunayya Vendor

Assalamualaikum wbt,

Sungguh nau bunyik sampai nak state "shooting" kat situ kan? erk. Ok camni, aku jadi model jubah terjun untuk @yabunayyavendor untuk Yabunayya Lifestyle Photoshoot Raya. Aku bukan model betul eh, ni asal boleh je hahah. Bagi aku, pengalaman ni antara the best experiences in my life lah bcs sekali seumur hidup! At first aku diajak, dipelawa untuk join model jubah ni sebab cek mek molek @theashlana invite me to join as aku mempunyai ketinggian yang tinggilah erk. So aku pun ajak adik aku Nena untuk join sekali. Ha, nampak tak betapa terjunnya tu sampai adik aku sekali aku drag hahah. At least taklah aku sengsorang drive dari Melaka kan? At first aku cuak jugaklah if the photographer is lelaki sebab weh awkward nanti nak pose dahlah tak reti. Tapi aku amazed jugaklah @mamma (owner yabunayya vendor) boleh find female photographer! Babe, this century kat Malaysia ni lah kan, mana nak carik female photographer! Bukan tak ada, tapi susah nak jumpa. Luckily, we have @kakdeng as our photographer! Kak deng pun cek mek molek jugak orangnya. Guess what, photographer pun pakai jubah okay uolls. Makin amazed ioulls sebab weh, where on earth photographer pakai jubah babe?! Cool isn't it? Muslimahs team githewww! And not forget to mention, model-model lain termasuk mamma & Tasha ialah ahli usrahsantai. Segan sangat rasa diri kerdil berdepan dengan diorang, niqabis. Tapi indahnya pertemuan tu Allah je mampu tahu rasa hati aku macammana tenangnya dengan diorang weh! Lillahita'ala, indah betul ukhwah tu :')

Kitorang shooting dekat Empire Damansara, by 10am jugaklah baru sampai sana sebab sesat. Ioulls taktahu jalan KL weh :') Janji pukul 9 pagi, tapi sesat punya pasal sobs. Sorry mamma! Ok pastu bershootinglah sampai tengahari. Seriously, cecantik jubah kat butik mamma! Nak nangis tengok semua lelawa. Aku dahlah kategori hantu jubah yang memang suka betul pakai jubah! Tahan napsu bebanyak tapi raya nanti nak pakai jubah ihiks, Pasal raya pulak dah kenapa erk.


Nah behind the scene 



Sebelum shoot tu haruslah selfie & acah candid dulu kan lol :3





Yang ni pulak hasil lepas shoot :)















And this is Yabunayya Lifestyle Photoshoot for Raya 2015 family 

Thanks for precious experiences and beautiful ukhwwah mamma, Kak Deng, Afaf Amran, Tasha Millatina, Kak Faz and Shafira! Hopefully we can meet again :') 

Seriously, yang pakai niqab, purdah ni semua weh serius ok ni serius, diorang sangat cantik disebalik purdah & niqab. I might not strong enough to follow their steps but I admire them masyaAllah. Tak tunjuk pun kecantikan fizikal pada ajnabi, tersimpan elok untuk kebahagiaan ukhrawi yang hakiki. Ceh, dah islamik pulak aku ek. Jauh perjalanan lagi nak sampai ke stage ni :') Doa-doakanlah. 

Besar pengorbanan demi ganjaran hakiki yang Allah janji. Sukar itu memang pasti, perlu diselangi utuhnya iman dihati.

Toodles! :)

26.6.15

Sonah's Summer Vacation (Part 1)

Assalamualaikum wbt,

Sekian lamalah jugak aku tak hupdate blog ni sebab malas ok hm. Dah tacap-tacap sikit blog ni tapi still nampak pink pink kan? Aku pun tak tahu la bilanya nak matang padahal iouls dah doploh tahun tapi nak pink pink lagi aiseh.

Ok, final exam first year degree hm. Tak best nak cerita pun. Ok, kitorang habis paper serentak hari Jumaat and after exam kitorang straight je gi KLIA untuk departure konon konon travel overseas padahal Langkawi je weh hahah. Alah fefeeling sesekali bukan selalu kot manatau ada rezeki Sonah travel overseas pulak pahni kan? Aminnn. Btw, Sonah ni housemate aku. Kitorang semua enam orang termasuklah aku. Engko bayangkanlah, baru habis paper yang kau duk bersengkang berpenat lelah masa exam, pastu terus je hangkut barang semua gi KLIA pulak. Ha, dari kampus kitorang yang nun di ceruk semenyih tu, naiklah bas gi TBS. Jejimat sikit uolss, katapun ni percutian budget gitu ha. Naiklah KLIA Transit gi KLIA2. Tak sampai RM10 pun tambang sebab kitorang transit putrajaya dulu. Solat and terus gi KLIA. Btw, gunalah student ID dapat diskaun. Ehm, jimat. Flight pukul 7.30 malam dengan penat lelah habis exam. Perjalanan sekejap je, sejam / 45 minit gitu. Pastu malam tu kitorang rehatlah tak buat apapun sebab badan letih, otakpun penat baru exam siang tu. Btw, this is not the first time aku gi Langkawi sebab aku pernah gi Langkawi dengan family masatu present dapat straight A's PMR. Hm, rindu nak travel dengan family. Ok sambung balik,

Esok paginya lepas sarapan tunggu kereta sewa dekat Pantai Cenang. Dalam pukul 8.30 jugaklah baru sampai kereta sewa tu. After that first place yg kitorang pegi ialah Cable Car Langkawi dekat Oriental Village.

 Nah Auni, memandangkan muka hang banyak nur :P

Pucat muka hakok weh penat sangat. Yang sblh tu itik muncung oni 

Acah candid iler, eh lantak kite ler kan 

My girls, Sonah :)

Lepastu, plannya konon nak check-in dulu baru gi Art in Paradise yang letaknye pun kat Oriental Village. Panas weh even kitorang naik pagi. Belecak berkecak berkocak peluh semua ada. Turun turun je, pekena aiskrim. Hm, tahan napsu sikit bulan pose ni eh :P


Sesambil menikmati aiskrim peppermint fav, kitorang duk pusinglah oriental village ni ha weh sekali tup tup terjumpa Art in Paradise tu. Ingatkan besor benor la Oriental Village, rupanya besar taman perumahan aku je, eh lagi kecik rasanya. So kitorang pun setujulah nak terus je gi Art in Paradise ni, lepastu dah boleh rehatkan. Sebab kitorang plan dua tempat ni je hari first ni. Tak sangka lah awal pulak habis kan. And, waktu ni dapat diskaun half price weh sebab Fit orang Kedah. Ada promotion untuk orang Kedah. Eh, jimat lagi :3 Tapi, aku ni bukanlah orang yg kreatif nak pose pose gambau 3D ni. So aku sekadar masuk je sebab aku tak minat sangat tapi diorang syok tgkp gambar sampai full memory phone weh. Haa, memandangkan memang tempat ni untuk tangkap gambar je, sampai terlampau banyak gambau and tak terpilih nak hupload yg mane.






Habis dah aktiviti kitorang first day, malam tu gi uptown dekat Kuah lepastu cari celana nak pakai sesama untuk aktiviti esoknya tu. Sweet en sonah :') Lepastu rehat and get ready for the more exciting activities! Ok lah, gua pun dah penat taip weh. Nanti sambunglah entry lain ek.

Toodles!


Copyright© All Rights Reserved syahirahizzati.blogspot.com