-->

24.6.13

Alhamdulillah.

Assalamualaikum w.b.t, 

Aku ni since dari start masuk UiTM tak pernah nak share photo masa mendaftar kan?! Haha, sampai dah habis zaman UiTM dah :'( Siapa yang kata UiTM tak best tu sangat tipu tau. UiTM sangat seronok tambah lagi kalau awak pandai cari kawan sayang. Semua kat sana friendly dengan aku. Rindu nak lepuk lepukkan housemate aku yang suka buat gossip aku dengan class rap. Huhu :'( Serius. So, aku just nak letak sikit sikitlah gambar since mendaftar di Puncak Perdana, sampailah ke life di Puncak Alam. Thanks guys for the sweetest memories ever. Will miss it. 

HARI PENDAFTARAN. 
KOLEJ PUNCAK PERDANA, KATILNYA DOUBLE DECKER.



HAVING SOME NIGHT W/ THE FAMILY.
MESSY OUTFIT IN JUBAH BCS NO NEED TO IRON -_-"




NEXT SECTION IS AT PUNCAK ALAM :')
THE FAREWELL.
HARAP MAAF SESIAPA YG TIADA DALAM GAMBAR, RAMAI SANGAT SAYANG.




Till we meet again. Every meeting will be ended w/ farewell. 
I miss you now, badly :'(
Aku sure takda dah orang nak bising bising di kelas bila lecturer lewat bcs akulah paling aktif sekali membising dan mengusik kawan kawan. 
Harap korang rasa, macamana rasanya aku merindu :')
Thanks Jea Yusof for your entry. Will miss you dear. 
Kesian kau sengsorang dalam bilik.
Take care.
Breakfast jangan dilupa tau even aku dah tak supply dah :)

YANG DI BAWAH IALAH TIADA KENA MENGENA DENGAN KISAH AKU SEBAGAI PELAJAR UITM, TAPI GAMBARYA DI UITM :)
PERINGATAN: RASA MENYAMPAH JANGAN SCROLL!



Goodbye sayang. Miss you all :')
Wallahualam.
Fi Hifzillah.




18.6.13

Dilema


Assalamualaikum w.b.t 

2 Jun 2013 masih aku ingati,
Kenali sahabat baru,
Berhijrah ke tempat yang tidak pernah aku jejaki,
Mulanya aku kesah dan resah,
Mungkinkah keputusan yang aku buat ini terbaik?
Namun begitu, disebalik kesedihan aku,
Di sebalik kerungsingan ibu,
Aku bersyukur,
Segalanya cukup indah.

Namun, rezeki Allah Maha Kaya lagi Pemurah Sang Pencipta.
Aku terpaksa tinggalkan,
Aku terpaksa pendamkan,
Segala rahsia hati.
Aku bersyukur dengan segala yang aku nikmati.

Alhamdulillah.
Akan ku ingat hingga hujung nafasku.
Akan dirindu setiap detik bersama kamu
Akan ku tetapkan hati doa buatmu.

Sahabat,
Berjuanglah, perjalanan kita masih panjang.
Doakan keputusan aku terbaik.
Di sebalik kegembiraan kita,
Kini sampai ke penghujungnya.
Kesedihan bakal bertandang.

Allahu Rabb :')
Berilah kami kejayaan yang Engkau redhai.
Tetapkan hati kami
Kuatkan hati kami
Tegarkan hati kami
Agar tetap berjuang di jalan ilmuMu.
Amin, Ya Rabbal Alamin.


Aku senanya ditawarkan ke tempat lain. Memang minat aku. Jadi, harapannya, segalanya berjalan lancar. Semoga aku berjaya. Doakan ya kawan kawan. Nanti korang dah habis degree, diploma dulu. Aku masih menuntut ilmuNya. Apapun, aku bersyukur atas kurniaanNya :')


And petang tadi got a text from KPTM, tawaran dalam bidang Tesl. Rezeki Allah kita tak nampak. Berdoalah dan cintailah Dia. Dia Maha Berkuasa, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. InsyaAllah.

Fi Hifzillah,
Wallahualam Adiosa :')



15.6.13

First hangout w/ the physiotherapists :)

Assalamualaikum w.b.t,

Sebenarnya penat aku semalam belum habis lagi. Letih amatlahkan. Tak pernah dalam sejarah hidup aku pukul 9 malam tu urat mata aku dah merah semua tahap udang terbakar je gamaknya. Tapi dalam penat penat tu, sempat juga aku call captain nun di Melaka tu. Kesian dia sakit sakit. Cepat sembuh ye captainnya? Ustazah doakan selalu. InsyaAllah. K foine, back to the topic. Aku semalam outing senanya buat kali pertamalah kan dengan geng physio. Dah katakan first time kan, memanglah penat sangat. Aku lepas Subuh dah tak tidur. Tangan gatal online Facebook dengan Twitter lepas subuh. Memanglah aku tak cukup rehat. Padan muka sendiri~ So, around 9 a.m laaa aku mandi. Siap bagai. Fuhhh, pukul 10.30 dah keluar rumah. Bagi aku yang selalu keluar ke Melaka dulu, 10.30 pagi ni memang suit tunggu bas. So tunggulah jiran sebelah rumah aku siap. Kami ber-tujuh keluar. Aku, Jea Yusof, Durratun, Hidayah, Awin,Iffa,Syikin . Around 11 baru tunggu di perhentian bas Plaza Satelit B. Penuh semangat kitorang tunggu bas tau.


*Semua ini penipuan! Senyuman di sebalik keletihan dan keterpaksaan*
From left: Hidayah,Awin,Iffa,Syikin and me :)


*Inilah muka effect di-edit. Fake okay fake*
Thanks to Jea Yusof for capturing and editing dear :'D

Nak dijadikan cerita, dahlah satelit B tu jauh sampai kau kena turun Tangga Batu Caves version Puncak Alam, tapi sampai pukul 12.30 tengahari baru ada bas U90. Lama sampai kejang kejang kaki aku duduk dekat bus stop tu. Ada terjumpa senior AG lelaki, tapi memandang-mandang je. Aku pun taktahu nama dia. Just recognize je. Lagipun faham je laaaa kan aku ni type cemmana. Sekadar balas senyum je laaa. Huhuhuuu~ Kau bayangkanlah, punya lama dan sabar kitorang tunggu sampai tahap mekap kau pun cair weyh! Ehh, mekap ke (-_-“) Then naik bas, gila compactlah awknyaaaa. Haih haih, dari Puncak Alam ke Setia Alam, aku dengan kawan kawan terpaksa berdiri ohh. Serius makin mengejangkan kaki kay. Semua dah gaya kera bergayut je. Nasib baik mostly perempuan. Around 6 people je yang lelaki. So, taklah kau terhimpit himpit dengan lelaki ajnabi. Alhamdulillah J

Sampai je sana, perut kami dah berbunyi bergendang gendut dah. Bayangkanlah, tak sarapan kan? Memanglah kelaparan tahap maksima. Then bila jejak Setia City Mall tu, semua jakun. Almaklumlah, standard shopping mall Bandar maju kan. Aku layankan~ Tapi sebelum pergi makan, kami pergilah toilet bersama. Haruslahkan touch up muka kau dah berminyak berpeluh bagai tu. Pulak tu tudung pun dah herot herot, so kitorang ke toilet dulu. Harap maklumlah, eksited tengok cermin besar besarrrr. Tak sangka pulak aku diorang ni kaki snap pics, memanglah banyak amat gambar kami captured. Baru di toilet ye kawan kawan, banyak lagi gambar korang kena scroll lepas ni. Hihihihi.


From left: Durra,Iffa and Jea :)


From left-back: Awin, Jea, Hidayah,Iffa.
From left-front:Syikin and Durra

Usai ke toilet, kitorang carilah restaurant nak isi perut yang dah meradang. Last last decide makan di Papa John’s Pizza. Kongsi bayarlah kan. Kenyang aku. Alhamdulillah. Nak tengok tak part makan? Haaaa, tu diaa. Bila dah ada camera walaupun cuma si HTC One V aku yang tak lawo mana pun gambarnya, habis segala macam posinglah keluarnya. Belum ada DSLR lagi ni, memang aku jadi camerawoman tak bertauliahlah jawabnya. LOL. Meyhla tengok gambar budak budak nerd nak tunggu pizza sampai. Macam macam gaya pose, makan keluar. Layankanlah diorang ni ye :P Jangan jealousah part main suap suap dengan sayang aku, Jea Yusof. Hehe, almaklumlah. Aku kan “manja” orangnya, siap nak bersuap. Phuuuuuuuih . HEHE,











Ni part paling sweetlah kan dengan Jea Yusof :P Jangan jealous ye.


*Tengok tengok aku sweet sweet. Nak sweet lagi? Tunggu kahwin nanti. HAHA*

Only private for the special one. Just wait :P

K foine. Ini total resit. Kau bahagilah dengan 7. Seorang bayar berapa kan? Satisfied. Kenyang sangat makannya.


Tengok ni, aku rasa macam tak percaya, hasil makan kawan kawan aku jadi macamni. Like “Perempuan ke makan macamni?”  LOL XD


Dah makan pun nak posing jugak~


w/ Iffa :)


w/ Awin :)


Asyikin text pakwe =,=


 Kawan kawan aku ni pulak, asal nak snap gambar je ajak aku. Dah macam retis dah aku. Layan jelaaa. So guys, sorry kalau gambar aku memang banyak menyemak. Hehe.

Last activity kami ialah window shopping. Wuwuwuwuuuuu~ Faham jelaaa, baru masuk U ni banyak duit nak kena guna. Nak kena beli baranglah, Photostat notalah, beli bukulah. So, termampu nak window shopping jelaaa. Tapi kalau aku dengan family akulah time ni, aku takrasa aku Cuma ber-window. Sila tension kerana banyak sangat sale!!!! Tapi brandedlah kan. Okay tahan nafsu berbelanja Syeera! Chaiyok. Huhuhu. Tahniah kepada aku :D Like mak jemah mak jemah ke shopping mall, habis kami masuk kedai kedai. Sempat snap satu gambar dalam kedai dengan Iffa. Kat mall ni, cermin banyak sangat dalam kedai, so jangan risaulahkan kalau kau rasa nak tengok muka sendiri 24-hours. Memang disediakan. Yang ni aku tak ingat snap dalam kedai apa, tapi si Iffa ni tetiba terjah aku cakap cepat cepat tangkap gambar dengan dia! *guna phone aku -_-*










Next, kami pergi ke Brands outlet. Fuhhh, ada t-shirt harga RM19.90 discount jadi RM9.00 Aku tengok sehelai t-shirt ni terus berkenan, bayar. Yang lain? Memang mencabar kesabaran promoter tu bila diorang kirai kirai semua baju dah berlipat tu. HAHA, tengok. Tahap penjimatan apakah diorang ni sampai RM 9.00 nak keluarkan tu dah macam nak keluarkan RM9k. Sabar jelaaa aku. Duduk dekat chair luar tu tunggu depa siap memilih. Belinya sehelai sehelai je pun. Bagus abang promoter tu, kemain sabar lagi. Kalau aku, wallahualamlah jawabnya. After that aku pergi meneman si Durra dengan Jea ke Secret Recipe. Part best ialah ibu aku datang sana! HEHEHE, Aina pun ikut.

Adik adik aku sampai ponteng sekolah nak ikut ibu dengan ayah aku. Eisyh eisyhhh. Aiman je takda bcs dia ke camping di Pahang. Yang lain semua ikut. Apa lagikannn? Masuklah Watson menambah produk muka Safi Balqis Perfect 10 aku. Hihihi, thanks ibu. Pastu aku dapat beli solution lens dengan harga berpatutan. Masuk kedai cermin mata, mahal gila! Pergi Watson , murah lagi =,= After ibu dah sampai tu, aku pun balik Palam naik keretalahkan. Sebelum balik? Pergi makan. Then pergi Tescolaa apelaaa. Memanglah aku jalan mata kedip kedip macam apa dah. SERIUS MENGANTUK! Jangan jadi macam akulah ye kawan kawan.

Sorrylah kalau mencabar kesabaran iman korang nak baca entry ni. Kesabaran iman aku pun tercabar senanya bcs aku penat lagi ni. Tapi fikirkan taknak tidur waktu asar, ku gagahkan jari menaip. Sorry kalau ada kasau kasau bahasa dalam ni.

Wallahualam, 
Goodbye Adiosa.
Fi Hifzillah.


12.6.13

Jangan Jadi Selfish.

Assalamualaikum w.b.t,

Taktahu kenapa aku nak letak title ni. Just remind myself, jangan pernah nak jadi selfish. Think twice in rational way before judging others. Biarlah. Mungkin aku belum tiba masa untuk bagi komitmen yang terbaik.

  Komitmen ada study ni pun aku dah penat otak memikirkan. Malaslah nak fikir komitmen lain. Aku masih mentah. Masih jauh perjalanan. Jalan sebagai mahasiswi yang penuh liku baru bermula. Dengan izin Allah, InsyaAllah, segalanya dipermudahkan.

 Aku cuma ada Allah. Cuma kasih sayang dia. Bila rindu bertamu buat insan yang aku sayangi, hanya doa sebagai pengubat rindunya. Cuma Allah yang menyampaikan kerinduan aku buat insan yang jauh dimata. Apapun, doa buat keluarga, kawan kawan dan insan yg aku sayangi, tak pernah lepa dari setiap sujud aku. Selamanya. InsyaAllah.


Wallahualam
Goodbye, Adiosa.

10.6.13

MDS week ;D

Assalamualaikum w.b.t,

Sunyi sepi blog ni tak bertulis since tuan tanahnya secara rasmi menjadi mahasisiwi UiTM di Puncak Alam. Alhamdulillah :') Aku taklah macam yang lain, dapat asasi. Aku cuma diploma. Orang pandang sengkek je diploma ni kan. Takpelah. Nak cerita pasal MDS je dulu. Hehe, MDS ni Minggu Destini Siswa. Disebabkan budak asasi dah mencapai 3008 studentnya, kami berminggu orientasi di UiTM Puncak Perdana. Walaupun kami cuma 300++ studentnya, alhamdulillah. Sangat enjoy okay minggu orientasi kami. Serious housemate pun best sangat tau! Memula week tu je homesick bcs semua mati kutu tak bercakap. Aku punyalah tak ceria. As aku mmg enjoy orgnya, sangat tak best tak senyum dua hari. Dahlama tu okay je. Best sangat. Kitorang nak keluar pun tunggu together siap, then jalan sama. Sangat akrab. Roomate aku pulak org Johor, mmg cakap kasau kasau je la kan. Hehe. Housemate aku ada org Perak,Penang,Seremban,KL pun ada. Best sangat tau ;)

First first tu aku homesick sangat. Setiap kali sujud solat jemaah waktu maghrib dengan isya' mesti menangis. Sampaikan rindu untuk family,kawan kawan and captain :) Semoga rindu yang aku rasai tu, mereka juga merasakan. Ingatlah kawan kawan, kalau rindu, sampaikan doa kita buat mereka. InsyaAllah. Then first day sampai kena dengar apa tah. Talk talk bagai. Biasalah, peraturan etc. Haruslah tahukan. Dah jadi warga UiTM kan. Aku ni kiranya budak fakulti sains kesihatan. Semuanya nerd je -,-" Tapi waktu ni laaa, aku bergelak sakan tahu. Seronok amat. Kena enjoylah. Satu pesanan ikhlas, siapa rumah area sini, toksahlah grand sangat bawak phone mahal bagai, waktu talk, PM(Pemimpin Mahasiswa) akan simpan dan pegang phone kitorang supaya avoid ketidak-hormati majlis. Alhamdulillah, lebih berdisiplin rasanya.

Next, waktu MDS ialah waktu dimana anda harus menjadi sesimple manusia yg boleh. Takpayahlah kau nak melawa. Nak mandi pun takda masa. Balik tukar baju je. Confirm later bau badan kalah kerbau berkubang -___-" This is serious tau. Bcs, korang mmg kena punctual sangat. Ini kira macam minggu membentuk disiplin dirilah. Minggu ni berjalan dari hari Ahad aku mendaftar sampai Jumaat. Serious say, sangat penat. Sangat sangat. Mmg balik, letak kepala atas bantal, kau rasa macam kau baring atas baldu je. Lelap terus tau. Mmg nak text parents ke buah hati ke, tiada masa. Harap maklum ye.

Then, pasal PM and MPP. Mereka ni fasilitator kami sepanjang MDS. Paling salute ialah Angah! Angah orang melaka. Tapi jadi MPP. MPP ni ialah Majlis Pemimpin Pelajar. Kalau ikut sistem MRSM, sama taraflah dengan BWP. Sebagai satu medium pungutan suara pelajar :) Angah sangat baik. Tegas bila perlu dan peramah. Comel je. Angah ni orang Tangga Batu je. Huhu. Tak jauh manalah. Aktiviti kami sangat sempoi, main break and other else la. Kalau kau tahap nerd macam Albert Eistein, tak sporting, mmg tak enjoylah along the weeks. Alhamdulillah. Aku campak ke laut segan aku. Tapi perempuan je laaa aku bertegur. Yang lelaki, harap maklumlah kan. Huhuhu.
Just some pictures, hope you'll enjoy it.




*Fakulti Sains Kesihatan's students*


*The best housemate ever at Puncak Perdana ;)*
From left: Eila, Salwa, Hazira, Atika, Siti and kak Azee


*The friends w/ the hottest MPP there =,=*
From left: Yana, Abang Fadhli, Jea Yusof


*The bestfriend w/ the MPP*
From left: Durra, Abang Fadhli and me myself. Hehe



*The MDS*


*The sporting and humble fasilitator :D


*The Housemate 4C14 Puncak Perdana :B

Sorry for quite blurry pictures-nya kerana handfhonenya murah je. So tak clear :(

P/s : The best MDS ever. Will keep this memories till die. Love the seniors and MDS June 2013 Puncak Perdana :')



Goodbye, Adiosa.


Fi Hifzillah :')
Copyright© All Rights Reserved syahirahizzati.blogspot.com