-->

15.6.13

First hangout w/ the physiotherapists :)

Assalamualaikum w.b.t,

Sebenarnya penat aku semalam belum habis lagi. Letih amatlahkan. Tak pernah dalam sejarah hidup aku pukul 9 malam tu urat mata aku dah merah semua tahap udang terbakar je gamaknya. Tapi dalam penat penat tu, sempat juga aku call captain nun di Melaka tu. Kesian dia sakit sakit. Cepat sembuh ye captainnya? Ustazah doakan selalu. InsyaAllah. K foine, back to the topic. Aku semalam outing senanya buat kali pertamalah kan dengan geng physio. Dah katakan first time kan, memanglah penat sangat. Aku lepas Subuh dah tak tidur. Tangan gatal online Facebook dengan Twitter lepas subuh. Memanglah aku tak cukup rehat. Padan muka sendiri~ So, around 9 a.m laaa aku mandi. Siap bagai. Fuhhh, pukul 10.30 dah keluar rumah. Bagi aku yang selalu keluar ke Melaka dulu, 10.30 pagi ni memang suit tunggu bas. So tunggulah jiran sebelah rumah aku siap. Kami ber-tujuh keluar. Aku, Jea Yusof, Durratun, Hidayah, Awin,Iffa,Syikin . Around 11 baru tunggu di perhentian bas Plaza Satelit B. Penuh semangat kitorang tunggu bas tau.


*Semua ini penipuan! Senyuman di sebalik keletihan dan keterpaksaan*
From left: Hidayah,Awin,Iffa,Syikin and me :)


*Inilah muka effect di-edit. Fake okay fake*
Thanks to Jea Yusof for capturing and editing dear :'D

Nak dijadikan cerita, dahlah satelit B tu jauh sampai kau kena turun Tangga Batu Caves version Puncak Alam, tapi sampai pukul 12.30 tengahari baru ada bas U90. Lama sampai kejang kejang kaki aku duduk dekat bus stop tu. Ada terjumpa senior AG lelaki, tapi memandang-mandang je. Aku pun taktahu nama dia. Just recognize je. Lagipun faham je laaaa kan aku ni type cemmana. Sekadar balas senyum je laaa. Huhuhuuu~ Kau bayangkanlah, punya lama dan sabar kitorang tunggu sampai tahap mekap kau pun cair weyh! Ehh, mekap ke (-_-“) Then naik bas, gila compactlah awknyaaaa. Haih haih, dari Puncak Alam ke Setia Alam, aku dengan kawan kawan terpaksa berdiri ohh. Serius makin mengejangkan kaki kay. Semua dah gaya kera bergayut je. Nasib baik mostly perempuan. Around 6 people je yang lelaki. So, taklah kau terhimpit himpit dengan lelaki ajnabi. Alhamdulillah J

Sampai je sana, perut kami dah berbunyi bergendang gendut dah. Bayangkanlah, tak sarapan kan? Memanglah kelaparan tahap maksima. Then bila jejak Setia City Mall tu, semua jakun. Almaklumlah, standard shopping mall Bandar maju kan. Aku layankan~ Tapi sebelum pergi makan, kami pergilah toilet bersama. Haruslahkan touch up muka kau dah berminyak berpeluh bagai tu. Pulak tu tudung pun dah herot herot, so kitorang ke toilet dulu. Harap maklumlah, eksited tengok cermin besar besarrrr. Tak sangka pulak aku diorang ni kaki snap pics, memanglah banyak amat gambar kami captured. Baru di toilet ye kawan kawan, banyak lagi gambar korang kena scroll lepas ni. Hihihihi.


From left: Durra,Iffa and Jea :)


From left-back: Awin, Jea, Hidayah,Iffa.
From left-front:Syikin and Durra

Usai ke toilet, kitorang carilah restaurant nak isi perut yang dah meradang. Last last decide makan di Papa John’s Pizza. Kongsi bayarlah kan. Kenyang aku. Alhamdulillah. Nak tengok tak part makan? Haaaa, tu diaa. Bila dah ada camera walaupun cuma si HTC One V aku yang tak lawo mana pun gambarnya, habis segala macam posinglah keluarnya. Belum ada DSLR lagi ni, memang aku jadi camerawoman tak bertauliahlah jawabnya. LOL. Meyhla tengok gambar budak budak nerd nak tunggu pizza sampai. Macam macam gaya pose, makan keluar. Layankanlah diorang ni ye :P Jangan jealousah part main suap suap dengan sayang aku, Jea Yusof. Hehe, almaklumlah. Aku kan “manja” orangnya, siap nak bersuap. Phuuuuuuuih . HEHE,











Ni part paling sweetlah kan dengan Jea Yusof :P Jangan jealous ye.


*Tengok tengok aku sweet sweet. Nak sweet lagi? Tunggu kahwin nanti. HAHA*

Only private for the special one. Just wait :P

K foine. Ini total resit. Kau bahagilah dengan 7. Seorang bayar berapa kan? Satisfied. Kenyang sangat makannya.


Tengok ni, aku rasa macam tak percaya, hasil makan kawan kawan aku jadi macamni. Like “Perempuan ke makan macamni?”  LOL XD


Dah makan pun nak posing jugak~


w/ Iffa :)


w/ Awin :)


Asyikin text pakwe =,=


 Kawan kawan aku ni pulak, asal nak snap gambar je ajak aku. Dah macam retis dah aku. Layan jelaaa. So guys, sorry kalau gambar aku memang banyak menyemak. Hehe.

Last activity kami ialah window shopping. Wuwuwuwuuuuu~ Faham jelaaa, baru masuk U ni banyak duit nak kena guna. Nak kena beli baranglah, Photostat notalah, beli bukulah. So, termampu nak window shopping jelaaa. Tapi kalau aku dengan family akulah time ni, aku takrasa aku Cuma ber-window. Sila tension kerana banyak sangat sale!!!! Tapi brandedlah kan. Okay tahan nafsu berbelanja Syeera! Chaiyok. Huhuhu. Tahniah kepada aku :D Like mak jemah mak jemah ke shopping mall, habis kami masuk kedai kedai. Sempat snap satu gambar dalam kedai dengan Iffa. Kat mall ni, cermin banyak sangat dalam kedai, so jangan risaulahkan kalau kau rasa nak tengok muka sendiri 24-hours. Memang disediakan. Yang ni aku tak ingat snap dalam kedai apa, tapi si Iffa ni tetiba terjah aku cakap cepat cepat tangkap gambar dengan dia! *guna phone aku -_-*










Next, kami pergi ke Brands outlet. Fuhhh, ada t-shirt harga RM19.90 discount jadi RM9.00 Aku tengok sehelai t-shirt ni terus berkenan, bayar. Yang lain? Memang mencabar kesabaran promoter tu bila diorang kirai kirai semua baju dah berlipat tu. HAHA, tengok. Tahap penjimatan apakah diorang ni sampai RM 9.00 nak keluarkan tu dah macam nak keluarkan RM9k. Sabar jelaaa aku. Duduk dekat chair luar tu tunggu depa siap memilih. Belinya sehelai sehelai je pun. Bagus abang promoter tu, kemain sabar lagi. Kalau aku, wallahualamlah jawabnya. After that aku pergi meneman si Durra dengan Jea ke Secret Recipe. Part best ialah ibu aku datang sana! HEHEHE, Aina pun ikut.

Adik adik aku sampai ponteng sekolah nak ikut ibu dengan ayah aku. Eisyh eisyhhh. Aiman je takda bcs dia ke camping di Pahang. Yang lain semua ikut. Apa lagikannn? Masuklah Watson menambah produk muka Safi Balqis Perfect 10 aku. Hihihi, thanks ibu. Pastu aku dapat beli solution lens dengan harga berpatutan. Masuk kedai cermin mata, mahal gila! Pergi Watson , murah lagi =,= After ibu dah sampai tu, aku pun balik Palam naik keretalahkan. Sebelum balik? Pergi makan. Then pergi Tescolaa apelaaa. Memanglah aku jalan mata kedip kedip macam apa dah. SERIUS MENGANTUK! Jangan jadi macam akulah ye kawan kawan.

Sorrylah kalau mencabar kesabaran iman korang nak baca entry ni. Kesabaran iman aku pun tercabar senanya bcs aku penat lagi ni. Tapi fikirkan taknak tidur waktu asar, ku gagahkan jari menaip. Sorry kalau ada kasau kasau bahasa dalam ni.

Wallahualam, 
Goodbye Adiosa.
Fi Hifzillah.


Copyright© All Rights Reserved syahirahizzati.blogspot.com