-->

11.7.15

Sonah Summer Vacation (Part II)

Assalamualaikum w.b.t,

Petang ni macam ada waktu lapang sikit. Sebenarnya banyak je waktu lapang, tapi takde mood nak menaip hiks. Okay nak sambung entry pasal vacay haritu ek. Second day trip Sonah gi Island Hopping pulak. Ni aktiviti klimakslah kiranya sebab aktiviti ni je yang aku tak buat dengan family masa vacay lepas PMR dulu. Ni kira first experience la aku jelajah islands yang ada kat Langkawi naik bot uolls :') Best sangat weh (aku tengah boost mood menaip dgr lagu rapuh ihihik) Pagi dalam pukul 8 gitu la kitorang tunggu dekat pantai Cenang. Ni pickup point la untuk fetch kitorang before gi jeti untuk island hopping ni. And, kitorang book spaces sebelum gi Langkawi lagi. RM35 per person tapi aku boleh cakap ceni la, kau takyah pun nak book before kau sampai. If kau redah je pun, kau still boleh experience island hopping ni. Pergi je pantai cenang tu berlambak-lambak yang buat service & offer untuk island hopping and boleh dapat lagi murah if pandai nego la kan. Kitorang jelajah pulau kalau tak silap aku antaranya pulau beras basah, pulau dayang bunting and eagle feeding.

First, Pulau Beras Basah ni I nak mandi tapi lupa bawak tudung spare. Baju spare je bawak lol gigih tapi benda tudung basic je pun lupa erk. Pastu I tak mandilah, Ibah dengan Oney je mandi. Aku basah basah sikit je pastu dah naik darat, Masa kitorang island hopping tu cuaca mendung, hujan renyai so kau fahamlah eh macamana ombak laut masatu. Memang extreme gila naik bot tujah ombak phewww. So these are photos masa dekat jeti & pulau-pulau.

Eksited muka weoulls nak gi island hopping (ihiks)

So this is the boat we ride on for the whole trip ;)

Pulau Beras Basah is the first island yang kitorang gi kan. For me sangat seronoklah enjoy the view of nature. Remind you to the Almighty and bersyukur dengan nikmat pemandangan yang Dia dah cipta. Kiranya bagi relax sikit lepas exam kan? 




macam dedatin uolls, siap ber-handbag nak island hopping je padahal :P

Lepastu next activity is eagle feeding. Masa ni ombak dahsyat wei sampai ada budak kecik dalam 3-4 tahun macamtu menangis takut. Aku nampak je sado, tapi waktu tu bibir cuma mampu berzikir. Barulah aku sedar macammana rasa if orang yang karam/lemas tengah laut weh. Kau nak call sapa je mintak bantuan tengah laut weh? Coverage takda and kau ingat sempat kau nak call? Even pakai iPhone 6 ke macamana canggih pun tak membantu gadget semua ni. Cuma doa je berserah pada Allah. Takut tu memang takut tapii waktu ni aku dapat pengajaran yang bermakna. Ni gambar eagle feeding tu tapi bukan kitoranglah yang feed eagles tu ok. Kitorang tengok je ciptaan Allah ni :)

 Nampak kan betapa gelap langit tu? Imaginelah. Walaupun nampak laut tenang. Tu orang kata, laut yang tenang jangan disangka takda buaya ha tapi kalau kes buaya darat tu kes lain ek -.-

And last spot is Pulau Dayang Bunting tapi aku rasalah, sesapa yang nak mandi tu kan, pulau ni the best place untuk mandi-mandalah as air pun air tawar. Taklah melekit badan kau sangat kan. 

Ibah's first selfie weh first! First pegang monopod tuh :') 
p/s:Roomate i yg paling cayunk githeww

kereknya muka aku kan? Mintak penampau katekauu :P 

Ok ni je aku larat nak taip. Aku nak gi prepare berbuka ni. Even banyak lagi story tapi aku dah kata hari second ni very long journey kan? So kau sabaulah kalau rajin aku hupdate lagi ok!

Toodles!



28.6.15

Shooting for Yabunayya Vendor

Assalamualaikum wbt,

Sungguh nau bunyik sampai nak state "shooting" kat situ kan? erk. Ok camni, aku jadi model jubah terjun untuk @yabunayyavendor untuk Yabunayya Lifestyle Photoshoot Raya. Aku bukan model betul eh, ni asal boleh je hahah. Bagi aku, pengalaman ni antara the best experiences in my life lah bcs sekali seumur hidup! At first aku diajak, dipelawa untuk join model jubah ni sebab cek mek molek @theashlana invite me to join as aku mempunyai ketinggian yang tinggilah erk. So aku pun ajak adik aku Nena untuk join sekali. Ha, nampak tak betapa terjunnya tu sampai adik aku sekali aku drag hahah. At least taklah aku sengsorang drive dari Melaka kan? At first aku cuak jugaklah if the photographer is lelaki sebab weh awkward nanti nak pose dahlah tak reti. Tapi aku amazed jugaklah @mamma (owner yabunayya vendor) boleh find female photographer! Babe, this century kat Malaysia ni lah kan, mana nak carik female photographer! Bukan tak ada, tapi susah nak jumpa. Luckily, we have @kakdeng as our photographer! Kak deng pun cek mek molek jugak orangnya. Guess what, photographer pun pakai jubah okay uolls. Makin amazed ioulls sebab weh, where on earth photographer pakai jubah babe?! Cool isn't it? Muslimahs team githewww! And not forget to mention, model-model lain termasuk mamma & Tasha ialah ahli usrahsantai. Segan sangat rasa diri kerdil berdepan dengan diorang, niqabis. Tapi indahnya pertemuan tu Allah je mampu tahu rasa hati aku macammana tenangnya dengan diorang weh! Lillahita'ala, indah betul ukhwah tu :')

Kitorang shooting dekat Empire Damansara, by 10am jugaklah baru sampai sana sebab sesat. Ioulls taktahu jalan KL weh :') Janji pukul 9 pagi, tapi sesat punya pasal sobs. Sorry mamma! Ok pastu bershootinglah sampai tengahari. Seriously, cecantik jubah kat butik mamma! Nak nangis tengok semua lelawa. Aku dahlah kategori hantu jubah yang memang suka betul pakai jubah! Tahan napsu bebanyak tapi raya nanti nak pakai jubah ihiks, Pasal raya pulak dah kenapa erk.


Nah behind the scene 



Sebelum shoot tu haruslah selfie & acah candid dulu kan lol :3





Yang ni pulak hasil lepas shoot :)















And this is Yabunayya Lifestyle Photoshoot for Raya 2015 family 

Thanks for precious experiences and beautiful ukhwwah mamma, Kak Deng, Afaf Amran, Tasha Millatina, Kak Faz and Shafira! Hopefully we can meet again :') 

Seriously, yang pakai niqab, purdah ni semua weh serius ok ni serius, diorang sangat cantik disebalik purdah & niqab. I might not strong enough to follow their steps but I admire them masyaAllah. Tak tunjuk pun kecantikan fizikal pada ajnabi, tersimpan elok untuk kebahagiaan ukhrawi yang hakiki. Ceh, dah islamik pulak aku ek. Jauh perjalanan lagi nak sampai ke stage ni :') Doa-doakanlah. 

Besar pengorbanan demi ganjaran hakiki yang Allah janji. Sukar itu memang pasti, perlu diselangi utuhnya iman dihati.

Toodles! :)

26.6.15

Sonah's Summer Vacation (Part 1)

Assalamualaikum wbt,

Sekian lamalah jugak aku tak hupdate blog ni sebab malas ok hm. Dah tacap-tacap sikit blog ni tapi still nampak pink pink kan? Aku pun tak tahu la bilanya nak matang padahal iouls dah doploh tahun tapi nak pink pink lagi aiseh.

Ok, final exam first year degree hm. Tak best nak cerita pun. Ok, kitorang habis paper serentak hari Jumaat and after exam kitorang straight je gi KLIA untuk departure konon konon travel overseas padahal Langkawi je weh hahah. Alah fefeeling sesekali bukan selalu kot manatau ada rezeki Sonah travel overseas pulak pahni kan? Aminnn. Btw, Sonah ni housemate aku. Kitorang semua enam orang termasuklah aku. Engko bayangkanlah, baru habis paper yang kau duk bersengkang berpenat lelah masa exam, pastu terus je hangkut barang semua gi KLIA pulak. Ha, dari kampus kitorang yang nun di ceruk semenyih tu, naiklah bas gi TBS. Jejimat sikit uolss, katapun ni percutian budget gitu ha. Naiklah KLIA Transit gi KLIA2. Tak sampai RM10 pun tambang sebab kitorang transit putrajaya dulu. Solat and terus gi KLIA. Btw, gunalah student ID dapat diskaun. Ehm, jimat. Flight pukul 7.30 malam dengan penat lelah habis exam. Perjalanan sekejap je, sejam / 45 minit gitu. Pastu malam tu kitorang rehatlah tak buat apapun sebab badan letih, otakpun penat baru exam siang tu. Btw, this is not the first time aku gi Langkawi sebab aku pernah gi Langkawi dengan family masatu present dapat straight A's PMR. Hm, rindu nak travel dengan family. Ok sambung balik,

Esok paginya lepas sarapan tunggu kereta sewa dekat Pantai Cenang. Dalam pukul 8.30 jugaklah baru sampai kereta sewa tu. After that first place yg kitorang pegi ialah Cable Car Langkawi dekat Oriental Village.

 Nah Auni, memandangkan muka hang banyak nur :P

Pucat muka hakok weh penat sangat. Yang sblh tu itik muncung oni 

Acah candid iler, eh lantak kite ler kan 

My girls, Sonah :)

Lepastu, plannya konon nak check-in dulu baru gi Art in Paradise yang letaknye pun kat Oriental Village. Panas weh even kitorang naik pagi. Belecak berkecak berkocak peluh semua ada. Turun turun je, pekena aiskrim. Hm, tahan napsu sikit bulan pose ni eh :P


Sesambil menikmati aiskrim peppermint fav, kitorang duk pusinglah oriental village ni ha weh sekali tup tup terjumpa Art in Paradise tu. Ingatkan besor benor la Oriental Village, rupanya besar taman perumahan aku je, eh lagi kecik rasanya. So kitorang pun setujulah nak terus je gi Art in Paradise ni, lepastu dah boleh rehatkan. Sebab kitorang plan dua tempat ni je hari first ni. Tak sangka lah awal pulak habis kan. And, waktu ni dapat diskaun half price weh sebab Fit orang Kedah. Ada promotion untuk orang Kedah. Eh, jimat lagi :3 Tapi, aku ni bukanlah orang yg kreatif nak pose pose gambau 3D ni. So aku sekadar masuk je sebab aku tak minat sangat tapi diorang syok tgkp gambar sampai full memory phone weh. Haa, memandangkan memang tempat ni untuk tangkap gambar je, sampai terlampau banyak gambau and tak terpilih nak hupload yg mane.






Habis dah aktiviti kitorang first day, malam tu gi uptown dekat Kuah lepastu cari celana nak pakai sesama untuk aktiviti esoknya tu. Sweet en sonah :') Lepastu rehat and get ready for the more exciting activities! Ok lah, gua pun dah penat taip weh. Nanti sambunglah entry lain ek.

Toodles!


13.2.15

Assalamualaikum wbt,

Al fatihah buat TGNA, Tuan Guru Nik Aziz. Moga Allah merahmati dan menempatkanmu disisinya harum disiram baunya syurga. Amin.

Sebenarnya aku memendam 1001 rasa yang terpendam. Kadang aku lemas dalam rasa yang aku pendam, aku menangis di kaki Ilahi kerana dengan menyembam ke bumi aku rasa Agungnya Dia melebihi segalanya. Aku insan berdosa yang aku kira kafirnya aku tapi aku sedari bahawa pengampunan Illahi itu tidak bertepi. Aku cuba memperingat diri, jangan leka dengan indahnya pelangi sampai tak sedar hujan membasahi. Kadang diri rasa lemah tak bermaya menghadapi tapi aku tetap gagahi kerana Allah itu tetap ada walau aku lemah tak berdaya.

Sering aku persoalkan mengapa dan kenapa tapi aku cuba lenyapkan bimbang dengan bersujud dan berdoa. Sadisnya manusia hanya tahu berkata tapi tidak tahu mencakna. Kau bukan Tuhan menentukan dosa pahala. Kau bukan sempurna menghukum dia insan neraka. Bangunlah dan sedarlah kita semua di bawah lembayung langit yang sama. Jangan dileka, esok bumi memberontak mengamuk, baru kau nak sedari. Fitrahnya bumi itu dicipta buat ciptaan indah Dia bernama manusia. Bumi berkhidmat untuk manusia dengan turunnya hujan, adanya bukit bukau, gunung ganang dan lautan agar manusa dapat menyempurnakan tugasnya pada Pencipta tetapi kita terus bongkak membangga diri tak sedar diri di tapak bumi yang mungkin Illahi pun tak nampak. 

Fi hifizillah

7.2.15

Misi Doploh

Assalamualaikum

Ok harini kan macam kan tamakkan aku nak hupdate blog lagi wakaka. Biar le blog aku kan ape kau adehal. Ok macamni, kan dah masuk 20, aku mmg dah mission diet on. Aku target berat aku dalam 48kg-51kg je ok. Ok kalau target kita mesti kena usahakan kan. So aku exposed kat sini sebab aku nak bagi semangat dekat diri sendiri supaya gagahkan minda tu diet jugak ikut target. Aku tahu ramai yang marah aku kalau aku cakap aku gemuk blablabla but then aku ada masalah less confident. Mmg sangat less confident. Aku pakai braces pun one of thing yang menyebabkan aku lack confident that's why aku nak sangat pakai braces. Kalau pasal muka, aku rasa so far aku belum teruk gila gila punya masalah muka sampai malu nak keluar rumah. That one I can handle it tapi aku ada masalah less confident pasal berat badan aku. Perempuan kan senang tengok perempuan cantik. Aku tak confident sangat bila nak pakai jeans even jubah pun sebenarnya. Aku rasa payah bab pakaian aku banyak aku rasa tak kena yang aku rasa macam ok aku nampak gemuk sangat. Aku ada diet before this, bulan 12 thn lepas and berat aku on that time is 55.6 kg macam tu la. Aku seram sangat sebab aku rasa nak dekat 56kg which is sangat wei gemuk!

Then aku diet turunlah 54.6kg sahaja. Aku pun taktahulah kenapa liat sangat berat aku nak turun but I still work on it. Aku mmg tak makan nasi but other things aku makanlah. Aku tak berdiet sihat aku tahu tapi aku cuba ok. Let's see by April/May aku dapat tak achieve at least 51kg! Kita cuba ok cuba! Be strong tapi satu aku geram ialah ibu aku kalau tahu aku diet, ibu aku ajak keluaq makan dalam seminggu tu adalah 2/3 kali which is memang aku rasa macam ok -_-

Sooo, let's see the progress ok. Aku sekarang ni selalu gila monitor berat badan aku takpa demi diet kan sanggup ioulss bayar 20 sen hahaha. Ok dah tu je nanti kita tengok progress tu okay. Nak thigh gap!

Fi hifzillah.

Childhood moments

Assalamualaikum

Tiba tiba je teringat zaman sekolah rendah, zaman kanak kanak ribena dulu. Nakalnya aku ya rabbi! Eh, aku nakal sangat tau kau apa tau haha. Ingat lagi dulu selalu kena marah dengan arwah ayah. Maaflah aku dibesarkan dengan rotan dan tali pinggang. Jujur aku cakap bunyi macam kejam kan tapi sebenarnya itulah yang mengajar aku supaya aku lebih berdisiplin =) Dulukan, paaaling aku ingatlah sampai sekarang, aku pergi mandi sungai tau. Taman perumahan aku area kampung. So memang jalan kaki je ada sungai, kampung bertam hulu. Tapi sekarang dah pindahlah tak duduk sana dah. Dulu, masak kecik kecik, aku kawan dengan chinese, dengan indian. Sebelah rumah aku india ok. Haaa nampak tak semangat satu malaysia kat situ? Kawan dengan kakak kakak pulak tu hihi. Lepastu, aku ni seronok sangat mandi sungai. Bukan reti nak fikir kotor ke bersih eh budak lagi mana nak fikir. Fikir nak seronokkk je! Lepastu ayah aku dapat tahu aku mandi sungai sebab balik je basah kuyup. Kau imagine le ayah aku dah pesan banyak kali jangan mandi sungai. Faham jela kalau perumahan, ada je manusia yang tak kenal tong sampah dan rasa sungai yang sejuk air dia tu mengalir deras dengan harapan boleh hanyutkan sampah sampah ke laut ok tak. Lepastu ayah aku rotan aku sebab dah banyak kali pesan degil jugak. Ayah aku garang sebabbbb takut anak dia yang cantik ni kena kudis :') Sweetkan ayah kitewww  Tapi lepas tu serik dah nak pergi mandi sungai haha. 

Lain, aku teringat zaman kecik kecik dulu kan aku selalu ikut ayah pergi memancing dekat sungai belakang rumah nenek aku. Nenek ada kebun. Dekat kebun tu la sungai tempat memancing. Duduk dekat jambatan kayu, dekat tepi sungai memancing. Seronok sangat weh dapat ikan! Tapi selalu aku fail nak tarik pancing tu bila ikan dah sangkut . Lepastu ikan tu terlepas balik. Sempat bergusti sikit je nak tarik ikan tu naik .Kesian ikan tu ye. Takpe semoga kau dah beranak pinak ye ikan lepastu anak kau pulak orang pancing muahaha. 

Masa sk rendah, cikgu lantik aku jadi ketua pengawas. Tapi aku rasa aku lebih sesuai dipanggil ketua mawas hahah. Kau tahu tak aku punyalah garang sangat masa tu! Tapi dengan adik aku si Aina aku kalah jugak .Aku ingat lagi garang aku tu wei aku rasa aku nak pelempang je budak yang spesies macam aku ni hahah. Dulu bukan zaman it so tak expose dekat social web macam sekarang. Ketua kelas garang pun upload masuk fb, kalau upload garang aku rasanya mau lah orang lempang aku bertubi tubi haha. Bila time cikgu semua mesyuarat kan, akulah raja rimba kat sekolah tu wei. Haha satu blok boleh dengau suara aku suruh diam tapi aku pun musykil aku jerit tu tak ke membising jugak haha. Lepastuuu, aku garang sangat tau siap pernah masa tu aku kan darjah 6. Kelas yang paaaling bising masatu 6s (sejahtera) kelas ni kelas yang last dalam darjah. Diorang degil sangat wehhhh! Bising jugak kalau aku dah marah siap ajuk pulak marah aku tu! Waktu tu aku sedar betapa susahnya jadi seorang guru nak mendidik anak murid yang tak mendengar kata sampai aku bagitahu dekat cg disiplin aku waktu tu , Sir Noorli. Aku cakap dekat sir, aku faham macammana susah tanggungjawab cikgu nak mendidik anak murid dengan kesabaran yang sangaaat tinggi and aku rasa aku bukanlah orang yang penyabar macam sabarnya seorang guru. Sir pun terharu sebab aku cakap macamtu dekat dia. Then masa aku rasa susah aku nak kawal kelas tu, aku pun sebak. Aku cakap kat diorang (bajet macam motivator lah) aku pujuk diorang "jomlah belajar weh, upsr nak dekat dah. Korang tak kesian dekat mak ayah hantar korang sekolah setiap hari nak tengok korang berjaya. Korang tak kesian ke tengok peluh mak ayah korang, penat penat hantar pergi sekolah tapi korang tak belajar pun asdfhkllguyfwjowbwka. " Aku boleh pulak bagi motivasi daebak kan aku haha kelakar! Lepas tu masa aku cakap ada lah jugak yang mengajuk aku cakap lepastu kan weh aku boleh menangis pulak masatu! Sebab aku sedih sangat bila fikir pasal ibu dengan ayah aku! Hahahaha lawak weeeeh! How can ah? Mudahnya hati aku lentur waktu tu :') Aku pulak rasa macam apa yang aku cakap tu, aku terbayang ibu dengan ayah. Ok sangat macam matangnya aku kecik kecik dulukan? Aku pun takfaham macammana aku boleh macamtu erk. Lepastu budak kelas ni semua nampak aku nangis, semua diam terus weh! Aku terus lari masuk kelas aku nangis. Lepastuuuu, diorang yang degil tak dengar kata tadi semua SEMUA datang kelas aku pujuk aku, mintak maaf dekat aku sebab tak dengar cakap. Lembutnya hati manusia kan? Tak perlu kata kasar dan nista, cukup kau sentuh hati dia, kau ketuk sanubari dia. Lepastu aku pun ok lag sebab apehal dah aku emo sangaaat?! Kelakar sangat ya rabbi 

Ok aku dah penat nak taip. Banyaaak lagi kenangan zaman kecik sebenarnya. Nanti ada masa aku cerita lagi deh. 

Fi hifzillah.

2.2.15

New semester

Assalamualaikum.

Hai hai ok malas sebenarnya nak update. Cume nak bagitau kelas dah start untuk sem baru tapi elaun menyorok lagi nak muncul pun lambat. Cepat sikit eh en Mara. Saya nak makan dip n dip ok tak. First day yang agak pack tapi ada gap kelas so kita tetaip sikit deh.

Ok taknak cakap pasal jodoh jodoh kita cakap pasal belajar belajar belajar pulak ok? Eh tetiba. Eh bencilah ask.fm lupa password eh bencik sangat dah email pun lupa password. Benciknya ok malas nak buat ask.fm baru. Bukannya best ask.fm ni sebab gua pun bukannye pemes tapi seronok lerrr nak buat stok bosan bosan. Ok bencik.

Fi hifzillah 

30.1.15

Sado

Assalamualaikum.
Bismillah,

Walaupun susah, awak kena sado. Awak kena kuat! Allah dah janjikan? Setiap pengorbanan ada ganjaran? Awak kena kuat selalu. Setiap kesedihan ada kegembiraannya nanti. Awak kuat! Kau kena kuat! Janga nangis, jangan ingat. Jangan pandang belakang. Jangan toleh even intai pun. Biarkan, perlahan nanar hati tu Allah ubati. Kau kena yakin balasan Allah tu lagi pasti. Kau taknak kan hidup dengan penipu? Kau nak ke hidup dengan orang yang sentiasa menipu? Berapa banyak kali lagi kau mesti kena tipu? Cukup pengalaman dah dua kali. Serik.

Aku tahu kau nangis setiap malam teringat. Aku tahu kau sedih. Tapi aku tahu jugak kau kuat! Kau sayang ayahkan? Kau kena jugak kuat! Jangan tunjuk lemah dekat orang yang dah buat kau lemah. Nanti dia akan sorak gembira sedangkan kau sedih menderita. Kau kena tunjuk kau kuat! Takde effect langsunglah! Biar terbuntang biji mata dia yang kau tak senang ditipu. Hati batu. 


Last aku menangis pun masa arwah ayah meninggal. Yang pagi petang malam aku nangis. Dah jangan nangis nangis. InsyaAllah ada pelanginya nanti☺ Amin.

Fi hifzillah

18.1.15

2 pagi

Assalamualaikum w.b.t,

Bismillah, yes this year, I will turn to 20. Like seriously rasa macam how fast time flies :'( So, dah perlu masuk ke stage kematangan so that I delete semua dah post yang nampak ketidakmatangannya. It's time not to talk about love, about life but about how my life will ended soon? Yelah, semakin bertambah umur, semakin dekat pulak diri dengan kematian. Should bear in mind, dah masuk dua peloh ni haruslah berpeloh peloh sebab by 20 years akan graduate. How you want to grad? First class or even second lower class? How your life 4 years from now, good job? Or just a degree without kerja? Like seriously I miss my childhood, dimana aku sangat rasa aku lebih matang dari sekarang dalam membuat satu keputusan.

I miss how I don't even care pasal duit, pasal assignments, pasal path diri yang makin nak menjauh kejap tarik tali ni. I miss those moment yang bila ditegur senang aje terima setiap teguran orang, taklah macam sekarang, walaupun terima hati masih ego. I miss those moment I'm not even care and distract about duniawi. Selalu berangan nak masuk syurga Allah. No one want to enter the hell right? Somehow, I still find my identity diri. I don't want to lose this path again. Let's just be strong on 20 and act, think maturely. Lagi beberapa tahun je tak mustahil nak kena galas tanggungjawab seorang isteri pulak ke mungkin kan? Takkanlah awak tu nak jadi isteri tapi cakap suami pun dibantah? Kalau jadi isteri solehah, semuanya insyaAllah indah. I really hope for it. I want it! Kadang diri jemu dijamu cinta duniawi olahan si setan laknatullah. Let's just give it to Allah and He will decide the best. Cinta lepas kahwin ke kan? Tak mustahillah ;) Let's achieve jannah and redha Allah first then dunya will come over you :')

Hopefully, istiqamah itu tidak mudah dan tidak susah. Susah bila disusahkan, mudah bila dimudahkan. Let's aim to meet ayah in Jannah. InsyaAllah I want to hug him, kiss him and hold in his arm dekat syurga :') I love you, ayah. I love you, ibu. I will try it!

"Semakin cuba ku dekati,
semakin kuat pula Kau mendugai aku"

Bismillahitawakkaltu 'alallah.

Fi hifzillah.

p/s: pray for my final paper sem 1 result ya? For Allah, ummah, ibu dan ayah. Amin
Copyright© All Rights Reserved syahirahizzati.blogspot.com