-->

19.2.14

Sedekah.

Assalamualaikum w.b.t,

Pagi pagi aku dah menaip. Setelah sekian lama aku membisu tak menulis apapun dekat blog ni sampai dah lupa password pun. Nasib baik teringat.

Perhaps I'm not too kind nak menaip pasal ni tapi lately hati aku sangat tersentuh bila tengok macam macam perkara sekeliling yang dah terjadi. Kita selalu mengeluh merasakan hidup kita masih tidak cukup dan sempurna. Bagi kita, masih ada yang tak lengkap. Yang miskin merasakan hidup si kaya lebih bahagia, yang kaya pula merasakan hidup mereka perlu lebih kaya. Tapi ingat, Allah itu Maha Adil. Sekali lagi maafkan aku kalau aku bukan layak menaip pasal ni.

Tak semestinya si miskin harta itu miskin kebahagiaan dan tak semestinya yang kaya harta itu kaya dengan kebahagiaan. Biar hidup miskin, asal punya keluarga bahagia nescaya itulah sebenarnya kekayaan yang paling beruntung buat manusia. Jangan kaya harta, tapi miskin hati budi, miskin kebahagiaan keluarga. Yang cuma hidup dalam kelu kesah. Apa guna? Tepuk dada, tanya akal. Kita perlu ucapkan Alhamdulillah. Jangan asyik mengeluh. Biasa, manusia akan terus terleka, tapi kita kena sedar, bersyukur dalam setiap nafas yang kita hela. Kita masih boleh bernafas normal seperti manusia biasa. Tapi kita sedarkah, masih ada yang bernafas mengguna alat bantuan? Kita masih sihat berjalan, sedar tak kita, masih ada yang mengesot merangkak tak punya kaki seperti kita?

Cuba tanya akal kita, kita masih punya suara untuk berkata kata, apa perasaan si bisu yang hanya mampu melihat beruntungnya kita? Bolehkah kita kuat seperti mereka andai nikmat ini ditarik Allah satu hari yang tak kita jangka? Sedar tak kita, kita bebas ke pantai, ke pusat membei belah tanpa sebarang sekatan. Masih boleh menikmati indahnya keindahan alam dengan udara yang cukup segar? Apa kata kita jika kita di antara mereka yang sentiasa dikecam Israel laknatullah? Hidup berlatarbelakangkan bangunan runtuh. Mana mungkin mereka menikmati keindahan pantai? Yang mereka lihat cuma bom dan senapang musuh yang tak punya belas kasihan pun. Yang sentiasa buta hati tanpa mengenal erti kemanusiaan. Mereka yang hidup menghirupkan udara yang penuh dengan asap dan gas beracun. Apa kita fikir sekiranya masih tidak mengenal erti bersyukur dan terus menyombong diri pada Yang Esa?

Tepuk hati tanya minda kita,

Walaupun kita masih pelajar, aku juga, Elaun bulanan masuk, kita mampu makan makanan yang mahal, mampu bergerak bebas mengguna segala yang kita punya. Apalah salahnya kita mengeluarkan sedikit wang hanya untuk membantu setakat yang kita mampu dengan seikhlas hati kita. Walau cuma punya RM20 dalam simpanan, apa kurangnya jika kita mengeluarkan cuma RM10 kepada mereka yang memerlukan? Yang mungkin takkan lihat dunia ini lagi kerana sakit yang mereka tanggung. Janganlah bimbang, duit takkan habis andainya kita bersedekah malah bertambah dengan rezeki Illahi. Apa salahnya kita berkongsi rezeki yang kita punya?

Aku cuma mampu menyahut, tidak mampu memaksa. Aku cuma mampu berkata, tidak mampu menyedarkan. Segalanya datang dari diri sendiri. 

Jangan abaikan setiap iklan bantuan yang dipaparkan di Facebook, Instagram dan sebagainya.. Hari ini kita bantu mereka, mungkin esok kita yang mereka bantu. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari kekurangan diri sendiri. 
Maafkan andai aku tersalah bicara.

Fi Hifzillah

Copyright© All Rights Reserved syahirahizzati.blogspot.com