-->

13.2.15

Assalamualaikum wbt,

Al fatihah buat TGNA, Tuan Guru Nik Aziz. Moga Allah merahmati dan menempatkanmu disisinya harum disiram baunya syurga. Amin.

Sebenarnya aku memendam 1001 rasa yang terpendam. Kadang aku lemas dalam rasa yang aku pendam, aku menangis di kaki Ilahi kerana dengan menyembam ke bumi aku rasa Agungnya Dia melebihi segalanya. Aku insan berdosa yang aku kira kafirnya aku tapi aku sedari bahawa pengampunan Illahi itu tidak bertepi. Aku cuba memperingat diri, jangan leka dengan indahnya pelangi sampai tak sedar hujan membasahi. Kadang diri rasa lemah tak bermaya menghadapi tapi aku tetap gagahi kerana Allah itu tetap ada walau aku lemah tak berdaya.

Sering aku persoalkan mengapa dan kenapa tapi aku cuba lenyapkan bimbang dengan bersujud dan berdoa. Sadisnya manusia hanya tahu berkata tapi tidak tahu mencakna. Kau bukan Tuhan menentukan dosa pahala. Kau bukan sempurna menghukum dia insan neraka. Bangunlah dan sedarlah kita semua di bawah lembayung langit yang sama. Jangan dileka, esok bumi memberontak mengamuk, baru kau nak sedari. Fitrahnya bumi itu dicipta buat ciptaan indah Dia bernama manusia. Bumi berkhidmat untuk manusia dengan turunnya hujan, adanya bukit bukau, gunung ganang dan lautan agar manusa dapat menyempurnakan tugasnya pada Pencipta tetapi kita terus bongkak membangga diri tak sedar diri di tapak bumi yang mungkin Illahi pun tak nampak. 

Fi hifizillah

7.2.15

Misi Doploh

Assalamualaikum

Ok harini kan macam kan tamakkan aku nak hupdate blog lagi wakaka. Biar le blog aku kan ape kau adehal. Ok macamni, kan dah masuk 20, aku mmg dah mission diet on. Aku target berat aku dalam 48kg-51kg je ok. Ok kalau target kita mesti kena usahakan kan. So aku exposed kat sini sebab aku nak bagi semangat dekat diri sendiri supaya gagahkan minda tu diet jugak ikut target. Aku tahu ramai yang marah aku kalau aku cakap aku gemuk blablabla but then aku ada masalah less confident. Mmg sangat less confident. Aku pakai braces pun one of thing yang menyebabkan aku lack confident that's why aku nak sangat pakai braces. Kalau pasal muka, aku rasa so far aku belum teruk gila gila punya masalah muka sampai malu nak keluar rumah. That one I can handle it tapi aku ada masalah less confident pasal berat badan aku. Perempuan kan senang tengok perempuan cantik. Aku tak confident sangat bila nak pakai jeans even jubah pun sebenarnya. Aku rasa payah bab pakaian aku banyak aku rasa tak kena yang aku rasa macam ok aku nampak gemuk sangat. Aku ada diet before this, bulan 12 thn lepas and berat aku on that time is 55.6 kg macam tu la. Aku seram sangat sebab aku rasa nak dekat 56kg which is sangat wei gemuk!

Then aku diet turunlah 54.6kg sahaja. Aku pun taktahulah kenapa liat sangat berat aku nak turun but I still work on it. Aku mmg tak makan nasi but other things aku makanlah. Aku tak berdiet sihat aku tahu tapi aku cuba ok. Let's see by April/May aku dapat tak achieve at least 51kg! Kita cuba ok cuba! Be strong tapi satu aku geram ialah ibu aku kalau tahu aku diet, ibu aku ajak keluaq makan dalam seminggu tu adalah 2/3 kali which is memang aku rasa macam ok -_-

Sooo, let's see the progress ok. Aku sekarang ni selalu gila monitor berat badan aku takpa demi diet kan sanggup ioulss bayar 20 sen hahaha. Ok dah tu je nanti kita tengok progress tu okay. Nak thigh gap!

Fi hifzillah.

Childhood moments

Assalamualaikum

Tiba tiba je teringat zaman sekolah rendah, zaman kanak kanak ribena dulu. Nakalnya aku ya rabbi! Eh, aku nakal sangat tau kau apa tau haha. Ingat lagi dulu selalu kena marah dengan arwah ayah. Maaflah aku dibesarkan dengan rotan dan tali pinggang. Jujur aku cakap bunyi macam kejam kan tapi sebenarnya itulah yang mengajar aku supaya aku lebih berdisiplin =) Dulukan, paaaling aku ingatlah sampai sekarang, aku pergi mandi sungai tau. Taman perumahan aku area kampung. So memang jalan kaki je ada sungai, kampung bertam hulu. Tapi sekarang dah pindahlah tak duduk sana dah. Dulu, masak kecik kecik, aku kawan dengan chinese, dengan indian. Sebelah rumah aku india ok. Haaa nampak tak semangat satu malaysia kat situ? Kawan dengan kakak kakak pulak tu hihi. Lepastu, aku ni seronok sangat mandi sungai. Bukan reti nak fikir kotor ke bersih eh budak lagi mana nak fikir. Fikir nak seronokkk je! Lepastu ayah aku dapat tahu aku mandi sungai sebab balik je basah kuyup. Kau imagine le ayah aku dah pesan banyak kali jangan mandi sungai. Faham jela kalau perumahan, ada je manusia yang tak kenal tong sampah dan rasa sungai yang sejuk air dia tu mengalir deras dengan harapan boleh hanyutkan sampah sampah ke laut ok tak. Lepastu ayah aku rotan aku sebab dah banyak kali pesan degil jugak. Ayah aku garang sebabbbb takut anak dia yang cantik ni kena kudis :') Sweetkan ayah kitewww  Tapi lepas tu serik dah nak pergi mandi sungai haha. 

Lain, aku teringat zaman kecik kecik dulu kan aku selalu ikut ayah pergi memancing dekat sungai belakang rumah nenek aku. Nenek ada kebun. Dekat kebun tu la sungai tempat memancing. Duduk dekat jambatan kayu, dekat tepi sungai memancing. Seronok sangat weh dapat ikan! Tapi selalu aku fail nak tarik pancing tu bila ikan dah sangkut . Lepastu ikan tu terlepas balik. Sempat bergusti sikit je nak tarik ikan tu naik .Kesian ikan tu ye. Takpe semoga kau dah beranak pinak ye ikan lepastu anak kau pulak orang pancing muahaha. 

Masa sk rendah, cikgu lantik aku jadi ketua pengawas. Tapi aku rasa aku lebih sesuai dipanggil ketua mawas hahah. Kau tahu tak aku punyalah garang sangat masa tu! Tapi dengan adik aku si Aina aku kalah jugak .Aku ingat lagi garang aku tu wei aku rasa aku nak pelempang je budak yang spesies macam aku ni hahah. Dulu bukan zaman it so tak expose dekat social web macam sekarang. Ketua kelas garang pun upload masuk fb, kalau upload garang aku rasanya mau lah orang lempang aku bertubi tubi haha. Bila time cikgu semua mesyuarat kan, akulah raja rimba kat sekolah tu wei. Haha satu blok boleh dengau suara aku suruh diam tapi aku pun musykil aku jerit tu tak ke membising jugak haha. Lepastuuu, aku garang sangat tau siap pernah masa tu aku kan darjah 6. Kelas yang paaaling bising masatu 6s (sejahtera) kelas ni kelas yang last dalam darjah. Diorang degil sangat wehhhh! Bising jugak kalau aku dah marah siap ajuk pulak marah aku tu! Waktu tu aku sedar betapa susahnya jadi seorang guru nak mendidik anak murid yang tak mendengar kata sampai aku bagitahu dekat cg disiplin aku waktu tu , Sir Noorli. Aku cakap dekat sir, aku faham macammana susah tanggungjawab cikgu nak mendidik anak murid dengan kesabaran yang sangaaat tinggi and aku rasa aku bukanlah orang yang penyabar macam sabarnya seorang guru. Sir pun terharu sebab aku cakap macamtu dekat dia. Then masa aku rasa susah aku nak kawal kelas tu, aku pun sebak. Aku cakap kat diorang (bajet macam motivator lah) aku pujuk diorang "jomlah belajar weh, upsr nak dekat dah. Korang tak kesian dekat mak ayah hantar korang sekolah setiap hari nak tengok korang berjaya. Korang tak kesian ke tengok peluh mak ayah korang, penat penat hantar pergi sekolah tapi korang tak belajar pun asdfhkllguyfwjowbwka. " Aku boleh pulak bagi motivasi daebak kan aku haha kelakar! Lepas tu masa aku cakap ada lah jugak yang mengajuk aku cakap lepastu kan weh aku boleh menangis pulak masatu! Sebab aku sedih sangat bila fikir pasal ibu dengan ayah aku! Hahahaha lawak weeeeh! How can ah? Mudahnya hati aku lentur waktu tu :') Aku pulak rasa macam apa yang aku cakap tu, aku terbayang ibu dengan ayah. Ok sangat macam matangnya aku kecik kecik dulukan? Aku pun takfaham macammana aku boleh macamtu erk. Lepastu budak kelas ni semua nampak aku nangis, semua diam terus weh! Aku terus lari masuk kelas aku nangis. Lepastuuuu, diorang yang degil tak dengar kata tadi semua SEMUA datang kelas aku pujuk aku, mintak maaf dekat aku sebab tak dengar cakap. Lembutnya hati manusia kan? Tak perlu kata kasar dan nista, cukup kau sentuh hati dia, kau ketuk sanubari dia. Lepastu aku pun ok lag sebab apehal dah aku emo sangaaat?! Kelakar sangat ya rabbi 

Ok aku dah penat nak taip. Banyaaak lagi kenangan zaman kecik sebenarnya. Nanti ada masa aku cerita lagi deh. 

Fi hifzillah.

2.2.15

New semester

Assalamualaikum.

Hai hai ok malas sebenarnya nak update. Cume nak bagitau kelas dah start untuk sem baru tapi elaun menyorok lagi nak muncul pun lambat. Cepat sikit eh en Mara. Saya nak makan dip n dip ok tak. First day yang agak pack tapi ada gap kelas so kita tetaip sikit deh.

Ok taknak cakap pasal jodoh jodoh kita cakap pasal belajar belajar belajar pulak ok? Eh tetiba. Eh bencilah ask.fm lupa password eh bencik sangat dah email pun lupa password. Benciknya ok malas nak buat ask.fm baru. Bukannya best ask.fm ni sebab gua pun bukannye pemes tapi seronok lerrr nak buat stok bosan bosan. Ok bencik.

Fi hifzillah 
Copyright© All Rights Reserved syahirahizzati.blogspot.com