-->

13.2.15

Assalamualaikum wbt,

Al fatihah buat TGNA, Tuan Guru Nik Aziz. Moga Allah merahmati dan menempatkanmu disisinya harum disiram baunya syurga. Amin.

Sebenarnya aku memendam 1001 rasa yang terpendam. Kadang aku lemas dalam rasa yang aku pendam, aku menangis di kaki Ilahi kerana dengan menyembam ke bumi aku rasa Agungnya Dia melebihi segalanya. Aku insan berdosa yang aku kira kafirnya aku tapi aku sedari bahawa pengampunan Illahi itu tidak bertepi. Aku cuba memperingat diri, jangan leka dengan indahnya pelangi sampai tak sedar hujan membasahi. Kadang diri rasa lemah tak bermaya menghadapi tapi aku tetap gagahi kerana Allah itu tetap ada walau aku lemah tak berdaya.

Sering aku persoalkan mengapa dan kenapa tapi aku cuba lenyapkan bimbang dengan bersujud dan berdoa. Sadisnya manusia hanya tahu berkata tapi tidak tahu mencakna. Kau bukan Tuhan menentukan dosa pahala. Kau bukan sempurna menghukum dia insan neraka. Bangunlah dan sedarlah kita semua di bawah lembayung langit yang sama. Jangan dileka, esok bumi memberontak mengamuk, baru kau nak sedari. Fitrahnya bumi itu dicipta buat ciptaan indah Dia bernama manusia. Bumi berkhidmat untuk manusia dengan turunnya hujan, adanya bukit bukau, gunung ganang dan lautan agar manusa dapat menyempurnakan tugasnya pada Pencipta tetapi kita terus bongkak membangga diri tak sedar diri di tapak bumi yang mungkin Illahi pun tak nampak. 

Fi hifizillah

No comments:

Post a Comment

Comments :)

Copyright© All Rights Reserved syahirahizzati.blogspot.com