-->

23.12.14

Bertunang!

Assalamualaikum

Lama sangat tak jadi keyboard warrior weh tapi demi pertunangan someone ni aku sanggup celik mata je terus hadap laptop padahal nak final dah ni should be celik mata je hadap buku. Itsokay demi keterjutan aku yang tak terluah. Penat neurotransmitter aku release lepas dapat tahu FL dah bertunang. Nasib baik parasympathetic lagi kalau tak penat jugaklah brain aku nak digest reaction apa patut aku bagi sampailah aku fikir why not tak tulis blog kan.


It's amazing when I see FL. Lama jugaklah aku stalk dia before this any blog post tak update, I'll go through. Tahniah Dr. Fatinn Liyana and Dr. Anwar Fazal! Hopefully both of you stay to deen together! Amin. Memanglah aku kekaguman dengan pertunangan diorang but apa yang buat lebih mengagumkan ialah penghijrahan FL. I adore her ya Allah rasa beruntungnya she can change totally to the right path. Nak menangis rasanya beruntungnya  FL. I find the path but I still not found it but I keep and keep searching for it. Dah besar panjang dah 19 tahun, it is the right time to search the right identity diri. Aku marah jugaklah diri sendiri why must takut nak decide for a better life if you can actually? Please Allah tahu perancangan terbaik tapi aku dilema. Paling susah keputusan nak buat pasal relationship. Mohon Allah beri sangat petunjuk.



Penat tau menahan 1000 rasa tak terluah. Penat sangat weh, nak bagitahu but I trust benda susah sangat nak jadi. Aku rasa sentap bila FL ada tulis " Dont be afraid to change. You may lose something good but you may gain something better." Kau ingat senang ke nak buat penghijran? I was mesmerized FL even join BADAR activity collect duit untuk derma Aman Palestin. SubhanAllah. Aku baca entry masa awal FL buat blog and aku tengok transformasi FL, aku rasa hebatnya FL. Tahniah atas penghijrahan FL. And for myself, I am very sad and disappointed why you still here and not change a bit. Menangis jugaklah diri bila terasa makin jauh je. 

Aku tak mengharapkan perubahan yang sama macam yang lepas, aku mengharapkan perubahan yang lebih baik untuk masa depan yang lebih baik. Dah besar, boleh fikirkan what is good and what is not? First thing first, avoid and kalau boleh jauhkan diri dari perkara dan persekitaran yang takkan mengubah. Anyway, tahniah FL for the pertunangan and for the penghijrahan. And you deserve Dr Anwar Fazal who will always guide you and bring you to the right path. InsyaAllah.

Fi Hifzillah.

4.3.14

Aku masih gagahkan diri melangkah.
Mereka tersenyum gembira,
Merasakan cinta dan bahagia bersama keluarga tercinta.
Tapi aku?
Masih gagah berdiri di tepi pusara,
Seorang insan bernama ayah.
Masih tergambar diselimut kenangan semalam,
Ayah tersenyum padaku,
Ayah dakap aku ketat erat dalam peluknya.
Masih tergambar memori semalam,
Ayah berbual kosong denganku,
Menasihati aku agar menjadi insan berguna.

Masih tergambar dalam lipatan hati,
Ayah bersama motor usangnya,
Mengerah peluh keringat,
Hanya untuk mencari sebuah nafkah.
Agar permata hatinya sentiasa bahagia.
Diam ayah yang disangka garang,
Sebenarnya diam seorang ayah yang memendam.
Sang ayah tak mampu mengungkapkan sayangnya,
Kerana sayangnya hebat tak mampu diluah.

Masih aku ingat kelmarin,
Ayah peluk aku, ayah cium dahiku,
Ayah yang tak pernah merungut lelah kepenatannya.
Ayah tak pernah berhenti berusaha,
Agar permata hatinya menjadi insan berjaya.

Masih aku ingat,
Tubuhku yang membisa dikala rotan ayah hinggap ditubuhku
Aku tak kecewa dengan ayah.
Aku cuma mahu ucapkan,
Terima kasih ayah membesarkan aku.
Sehinggalah aku menjadi aku.

Kini segalanya berubah,
Rumahku suram,
Malamku kelam,
Subuhku tak berimam.
Aku rindukan tawanya, rindukan senyumnya, rindukan peluknya.

Hati aku tertanya,
Sanggupkah aku biarkan ayah menderita di alam sana,
Kerana dosa yang aku pertanggungjawabkan?
Apakah susah untuk aku laksanakan harapan ayah?
Yang cuma ingin melihat aku menjadi insan solehah?

Aku rindu ayah,
Teringin jauh dilubuk hati aku,
Berjumpa dengannya,
Mendakap tubuhnya,
Di alam sana.
Aku mahu berpimpin tangan dengannya,
Melangkah ke syurga sana,
dan cipta bahagia bersama.

Allah ya Rabb,
Perkenanlah doa hambaMu.
Aku ingin memeluk ayah walaupun seminit masa berharga,
Aku ingin melihat ayah tersenyum lagi.
Aku ingin di sisi ayah di sana.
Dengar dan perkenanlah Ya Allah.
Hati ini terus menerus menangis.
Dan hanya padaMu tempat aku memohon kekuatan.
Sampaikanlah rindu aku buatnya.
Amin, Ya Rabbal Alamin

Fi Hifzillah,
Nukilan:
Aku.


“Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t”.  (Hadis Riwayat Bukhari)


And I want to hug him tightly.

19.2.14

Sedekah.

Assalamualaikum w.b.t,

Pagi pagi aku dah menaip. Setelah sekian lama aku membisu tak menulis apapun dekat blog ni sampai dah lupa password pun. Nasib baik teringat.

Perhaps I'm not too kind nak menaip pasal ni tapi lately hati aku sangat tersentuh bila tengok macam macam perkara sekeliling yang dah terjadi. Kita selalu mengeluh merasakan hidup kita masih tidak cukup dan sempurna. Bagi kita, masih ada yang tak lengkap. Yang miskin merasakan hidup si kaya lebih bahagia, yang kaya pula merasakan hidup mereka perlu lebih kaya. Tapi ingat, Allah itu Maha Adil. Sekali lagi maafkan aku kalau aku bukan layak menaip pasal ni.

Tak semestinya si miskin harta itu miskin kebahagiaan dan tak semestinya yang kaya harta itu kaya dengan kebahagiaan. Biar hidup miskin, asal punya keluarga bahagia nescaya itulah sebenarnya kekayaan yang paling beruntung buat manusia. Jangan kaya harta, tapi miskin hati budi, miskin kebahagiaan keluarga. Yang cuma hidup dalam kelu kesah. Apa guna? Tepuk dada, tanya akal. Kita perlu ucapkan Alhamdulillah. Jangan asyik mengeluh. Biasa, manusia akan terus terleka, tapi kita kena sedar, bersyukur dalam setiap nafas yang kita hela. Kita masih boleh bernafas normal seperti manusia biasa. Tapi kita sedarkah, masih ada yang bernafas mengguna alat bantuan? Kita masih sihat berjalan, sedar tak kita, masih ada yang mengesot merangkak tak punya kaki seperti kita?

Cuba tanya akal kita, kita masih punya suara untuk berkata kata, apa perasaan si bisu yang hanya mampu melihat beruntungnya kita? Bolehkah kita kuat seperti mereka andai nikmat ini ditarik Allah satu hari yang tak kita jangka? Sedar tak kita, kita bebas ke pantai, ke pusat membei belah tanpa sebarang sekatan. Masih boleh menikmati indahnya keindahan alam dengan udara yang cukup segar? Apa kata kita jika kita di antara mereka yang sentiasa dikecam Israel laknatullah? Hidup berlatarbelakangkan bangunan runtuh. Mana mungkin mereka menikmati keindahan pantai? Yang mereka lihat cuma bom dan senapang musuh yang tak punya belas kasihan pun. Yang sentiasa buta hati tanpa mengenal erti kemanusiaan. Mereka yang hidup menghirupkan udara yang penuh dengan asap dan gas beracun. Apa kita fikir sekiranya masih tidak mengenal erti bersyukur dan terus menyombong diri pada Yang Esa?

Tepuk hati tanya minda kita,

Walaupun kita masih pelajar, aku juga, Elaun bulanan masuk, kita mampu makan makanan yang mahal, mampu bergerak bebas mengguna segala yang kita punya. Apalah salahnya kita mengeluarkan sedikit wang hanya untuk membantu setakat yang kita mampu dengan seikhlas hati kita. Walau cuma punya RM20 dalam simpanan, apa kurangnya jika kita mengeluarkan cuma RM10 kepada mereka yang memerlukan? Yang mungkin takkan lihat dunia ini lagi kerana sakit yang mereka tanggung. Janganlah bimbang, duit takkan habis andainya kita bersedekah malah bertambah dengan rezeki Illahi. Apa salahnya kita berkongsi rezeki yang kita punya?

Aku cuma mampu menyahut, tidak mampu memaksa. Aku cuma mampu berkata, tidak mampu menyedarkan. Segalanya datang dari diri sendiri. 

Jangan abaikan setiap iklan bantuan yang dipaparkan di Facebook, Instagram dan sebagainya.. Hari ini kita bantu mereka, mungkin esok kita yang mereka bantu. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari kekurangan diri sendiri. 
Maafkan andai aku tersalah bicara.

Fi Hifzillah

Copyright© All Rights Reserved syahirahizzati.blogspot.com