-->

3.5.13

Allahyarhamah (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t,

*say alhamdulillah*
*breath in*
*breath out*

Allahuakbar, masih bernafas kita hari ini. Alhamdulillah =)

Tanggal 28 April 2013, terpalit satu tragedi hitam di dalam keluargaku. Subhanallah. Kehilangan insan disayangi bernama Nor Hayati Binti Ab Rashid. Kita sangka panas ditengahari, rupanya hujan membasahi. Allahyarhamah sangat baik orangnya. Pengikut sunnah Rasulullah. Suka berniaga walaupun anaknya 5 orang. Tak jemu berusaha. Menaiki kereta kancil berniaga barangan kesihatan, periuk dan sebagainya. Allahyarhamah suka menolong. Bukan aku karang cerita but it is the reality. Even someone need her help, she'll come. An example, arwah sayangkan familynya, she help us. My mom, arwah tolong keluarkan modal untuk bisnes. How kind is she?

Anaknya 5 orang semuanya. Empat lelaki, seorang perempuan. Sepanjang hidup aku ingat, arwah selalu datang singgah rumah aku untuk solat. Arwah sangat menjaga solatnya. Alhamdulillah. Walaupun dalam keadaan dirinya sibuk berbisnes, dia masih sempat pergi mengaji seminggu lalu. Namun apakan daya kami, tak ada seorangpun adik beradik arwah termasuklah nenek dapat jumpa buat kali terakhir. Semasa hayatnya, kali terakhir kami jumpa sebulan lalu. Walhal, hakikatnya, arwah selalu datang. Aku ingat lagi, setiap minggu aku balik rumah nenek menjenguk nenek yang tinggal sorang sorang. Nenek asyik tanya, mana arwah tak datang datang? Allahuakbar.

Paling baru pun, arwah menghubungi my aunt untuk cakap, kalau Idris naik jadi CM, arwah nak tolong mak sedara aku dapatkan kerja. Dalam sisa hayatnya, masih terlintas nak bantu adiknya. Hebat bukan? Tapi takdir Allah, beliau meninggalkan kami bukan sekejap. Patutlah nenek asyik bertanya, naluri seorang ibu, tak dapat kita halangi. Pemergiannya penuh tragis. Keadilan perlu ditegakkan. Buat anda pesalah yang memutarbelitkan fakta, teruskan usaha 'murni' anda. Walaupun dirinya pergi buat selamanya, kami waris menuntut bela. Keadilan akan teserlah juga. Kalau anda rasa anda POLIS dan boleh memutarbelitkan fakta, tunggu hari pembelaan.

Arwah merupakan orang kuat politik. I mean, penyokong, petugas, sukarelawan BN. Siapa sangka dalam kesibukannya sempat mengisi masa menghadiri mesyuarat?

Jangan sangka kami berdiam diri, sedangkan langkah kaki giat mencari kebenaran. Semoga Arwah bersama orang orang yang teraniaya. Amin Ya Rabbal Alamin.

Mari sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Kuburnya diperluas dan diterangi.  Semoga dosanya terampun dan diletakkan bersama orang orang yang beriman.  

p/s : Arwah baru mencecah 41 tahun. Betapa Allah sayangkan dia. Kata ibu, kasihan arwah bekerja siang dan malam tanpa rehat, namun pemergiannya Allah beri ruang untuk dia rehat buat selamanya. Amin Ya Rabbal Alamin.

Bye, Adiosa.
Fi hifzillah.
Copyright© All Rights Reserved syahirahizzati.blogspot.com