-->

15.3.13

Caramel Pudding

Assalamualaikum w.b.t ,

*tepuk tangan*
*tahniah tahniah*


Sebenarnyaaaa, aku bukan nak sangat buat puding ni tetapi kerana kebosanan melanda tahap terlebih meter melebihi kereta racing, aku mencarilaaah benda nak dibuat. Actually, Afrina Hi buat dulu benda ni . Dia buat by herself okey!!!! *tepuk tangannnn* . Soo, aku pun jadi excited nak buat SENDIRI walaupun aku dah pernah tolong ibu buat before this. I repeatttt ! TOLONG IBU. Not my ownself. Sooo , aku pun decide buat sorang sorang! 

Ini adalah bahan bahan yang digunakan ;
  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin air
  • 1 camca esen vanila
  • 8 biji telur
  • 6 sudu besar gula pasir

Sooo, here the method to do this telicioussssssss Caramel Pudding . Aku buat ni sebab ada yang tanya recipe and saja suka suka nak tambah entry blog :D Aku hafal okey step by step.
  1. Masukkan 6-7 sudu besar gula ke dalam periuk*sebagai kuah karamel*
  2. Kacau dengan api yang sangat perlahan sampai gula cair keperangan.
  3. Masukkan 4-5 sudu besar air dan kacau sehingga ketulan gula mencair.
  4. Tuangkan karamel ke dalam loyang yang anda gunakan.
  5. Masukkan satu tin susu pekat, satu camca esen vanila dan satu tin air(gunakan tin susu tadi)
  6. Masukkan juga 8 biji telur.
  7. Kacau sehingga sebati dan cair semuanya(gunakan pemutar)
  8. Tapis adunan tadi(untuk bentuk yang cantik)
  9. Panaskan pengukus terlebih dahulu.
  10. Tuangkan adunan ke dalam loyang tadi.
  11. Kukus sehingga masak.
  12. Puding anda akan disaluti karamel
Selamat mencuba :D
Bye, Adiosa.




Copyright© All Rights Reserved syahirahizzati.blogspot.com