-->

18.11.13

Assalamualaikum w.b.t,

Pagi pagi lagi dah bukak lappy menaip di keyboard.  Sebenarnya ada benda yang disimpan, dipendam, diperuk dalam hati aku. Tapi siapa yang tahu?

Aku tahu, hidup aku dah bertukar, berpusing tigaratusenampuluh darjah. Aku tahu, hidup aku, dah tak ceria semacam dulu. Banyak sedihnya dari gembiranya. Mungkin hari ini, kau lihat aku tersenyum, hari esok kau masih lihat aku tersenyum, mungkin lusa juga aku masih tetap tersenyum, tapi senyuman itu makin hambar dan hambar. Aku tahu, tak sepatutnya aku berdiam dan memendam segala sedih di hati ini. Tapi, andainya ku luahkan, siapa yang mampu mendengar? Siapa yang boleh mengesat air mata aku disaat ia mengalir? Siapa yang mampu aku harapkan jika aku pinta satu permintaan? Takkan ada sesiapapun yang boleh menjadikannya realiti.

Lapan belas tahun hidup. Mungkin ada yang sedang bahagia saat ini. Aku tahu, aku juga berhak kecapi bahagia aku, tapi apalah maknanya tanpa orang yang disayangi disisi. Semua tak tahu, dan takkan tahu betapa peritnya bebanan sebuah kerinduan buat insan yang telah berada di barzakh sana. Aku boleh meluahkan pada kawan kawan. Memang, semuanya akan menghulur kasih, memberi semangat, tapi semuanya takkan faham apa yang aku rasa.

Aku minta maaf, bukannya diri ini membawa diri, sombong kepada semua kawan kawan. Aku masih ingat korang. Aku rindukan korang, kalaulah boleh, memang hajat dihati ingin sekali menangis di bahu korang. Nasrah,Kyrah,Nina, Khairun,Yasmin, Aween, Meera, Ika aku rindu sangat korang. Yang mesti faham macammana aku ni. Yang memahami setiap apa dalam diri aku. Aku minta maaf. Bukannya aku berdiam diri tak mahu berkongsi rasa, malah aku perlukan korang. Tapi aku tahu, korang takkan mampu buat apapun untuk bantu aku. Sedangkan aku dengan captain, sejak pemergian ayah, kami dah tak serapat dulu. Banyak perkara yang aku pendamkan. Kalau ada yang kata, aku dah ada kawan lain, memanglah lupa korang. Korang tahulah satu perkara ni, aku dekat Notts bukan macam aku dekat sekolah dulu. Dekat sini, takda seorangpunn yang ada mendengar luahan hati aku. Aku tahu, korang kenal aku. Aku yang takboleh memendam masalah. Aku yang selalu memerlukan pendengar setia.

Aku nak korang tahu, tak ada pengganti lain lagi yang mampu memahami aku macam korang. Aku sekarang, cuma seorang yang sangat pendiam, yang sangat memendam. Memang sakit semua yang aku jalani. Hidup aku sorang sorang. Bukan takda kawan dekat sini, tapi korang takkan faham. Aku mintak maaf kalau selama ni korang rasa aku dah lupa kawan. Aku bukan lupa kawan, malah aku langsung tak punya kawan baik macam korang. Bila aku tengok insta, facebook, korang post gambar dengan kawan kawan korang, aku tumpang tersenyum tengok korang happy. Bersyukurlah. Korang masih mampu tersenyum dan gembira sedangkan aku jauhhh berbeza. Sejak ayah meninggal, aku jadi makin pendiam. 

Aku rindu ayah weh. Setiap malam before tidur, aku menangis macam orang apa dah teresak esak rindukan ayah. Kalaulah korang boleh faham.. Tapi korang takkan faham, korang cuma mampu cakap "Sabarlah". Aku tak minta korang sentiasa disisi aku. Cukuplah satu doa buat aku supaya kuat hadapi semua dugaan Allah ni. Aku rindu&sayang ayah sangat sangat. Kalau korang ingat, dulu arwah ayah saku selalu hantar makanan nak dekat SPM. Dah lewat malam pun datang naik motor hantar makanan. Kita makan sama sama. Aku rindu weh masa masa tu. Serius aku rindu. Aku menangis macam separuh gila kalau ingat balik masa tu. Aku rindu ayah :'(

Aku sayang semua kawan kawan aku. Aku harap sangat masa aku sedih tu korang ada dengan aku, tapi korang takda :'( Aku kakak, terpaksa berpura depan adik adik aku kuat, tapi Allah Maha Mengetahui betapa rindunya aku pada ayah. Aku harap sangat satu masa nanti kita dapat jumpa. Aku sayang korang. Harapnya korang masih ingat aku walaupun cuma dalam doa.

Fi Hifzillah.
Wasalam.
Copyright© All Rights Reserved syahirahizzati.blogspot.com